Posts

Showing posts from August, 2015

Khas untuk peminat petai: cara buat jeruk petai yang mudah

Image
Assalamualaikum

Edisi khas untuk peminat petai, kali ni jana kongsi cara buat petai jeruk dari rumah yang mudah. Buat je sendiri, pasti lebih terjamin kebersihan dan kesuciannya.

Jujur jana akui, jana adalah peminat tegar makanan eksotik dari hutan seperti petai, jering, kerdas, ulam-ulaman termasuk kulat sisir ye. So jika awak pun suka makan benda-benda macam ni, kita geng!

Petai ni berbuah ikut musim ye. Pada ketika luar musim, susah sikit nak dapatkan petai yang segar, biji besar-besar dan murah. Tapi jika waktu musim petai, harga memang merudum. Contohnya macam sekarang. Dah la petai segar-segar, biji besar-besar pulak tu. Time ni lah paling sesuai untuk borong petai banyak-banyak pastu buat jeruk. Menjeruk makanan ni kan salah satu cara untuk simpan makanan supaya tahan lama. Lagi lama lagi sedap pulak tu.

Ni cara buat petai jeruk style mak jana. Lain orang lain sikit caranya ye.

Langkah 1


Borong petai banyak-banyak. Pastikan petai yang segar, muda, biji besar-besar untuk kepuasa…

10 koleksi resipi smoothie untuk kurus

Image
Ada customer tanya jana, set kurus shaklee tu sampai ada 2 Cinch Shake. Sedap ke tak sedap Cinch tu? Kalu tak sedap jenuh la nak habiskan 2 tong Cinch. Kena amik tiap-tiap hari lak tu.. Takpe jana faham situasi awak. Jana pun macam tu jugak.. Ye lah, diet diet jugak tapi tak perlu la sampai tahap nak korbankan nikmat deria rasa kan?

Eh kalu ada yang tertanya-tanya camana set kurus shaklee tu, ni ha rupa dia.


Jom tengok fungsi setiap vitamin dalam set kurus Shaklee:
Lecithin untuk rangsang tubuh memecah, membakar dan menyingkirkan lemak dengan efektif. Bukan tu je, Lecithin juga bagus untuk menguatkan ingatan juga ye. Sambil kuruskan badan, tahap kecerdasan otak jangan diabaikan.Herblax untuk mencuci sisa-sisa toksin (detoks), mengatasi sembelit dan melawaskan pembuangan najis tersekatVitalea untuk memastikan keperluan nutrisi, vitamin, zat dan mineral yang diperlukan tubuh sentiasa mencukupi.Cinch Shake protin yang diperkaya dengan leucine untuk membina otot, meningkatkan metabolism…

5 tips penting yang patut dilakukan ketika awal pagi gaya jutawan

Assalamualaikum. Selamat pagi. Semua dah bangun? Bagus bangun awal pagi, murah rezeki, juga dipermudahkan banyak urusan. Jana dapat tau tip-tip yang patut kita lakukan pada awal pagi. Banyak kebaikannya kalu kita amalkan. Yang penting sebaiknya bangunlah sebelum masuk waktu subuh.

1. Berfikiran positif sejurus bangun tidur

Fikirkan impian kita, atau perkara-perkara yang baik je. Contoh; celik mata je terus fikir "aku pasti berjaya, kaya dan bahagia". Ketika ini minda separa sedar kita sangat kuat dan boleh menjadikan apa yang kita bayangkan dan fikirkan suatu kenyataan.

Elakkan dari terus fikir masalah atau perkara yang kita tak suka.


2. Ucapkan syukur

Bersyukurlah sebab masih bernyawa, dapat tidur dan merehatkan badan dengan selesa bersama keluarga tersayang..


3. Menunaikan kewajipan iaitu solat subuh

Perkara wajib jangan sesekali kita abaikan. Solat adalah cara untuk kita 'berkomunikasi' dan menjaga hubungan dengan Si Pencipta. Ucapkan syukur, minta la apa saja den…

Mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan mudah

Image
Jana tau ramai yang ingin mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan cara yang paling mudah dan selamat tapi cepat kan? Losen biasa kat pasaran ada yang tak berkesan pun, wangi je lebih. Ada pulak tu jenis yang kikir kulit tumit yang kasar macam nak licinkan permukaan kayu. Ada sapa-sapa penah try?

Kalu anda nak tau, ada cara untuk mengatasi masalah tumit kasar dan merekah yang hodoh dengan cara yang paling mudah dan selamat. Memang terbukti berkesan sebab jana sendiri dah pernah guna dan berjaya mengatasi masalah tumit kasar dan merekah. Bukan jana sorang ye tapi ramai dah yang bagitau benda sama bahawa losen ini mampu melembutkan tumit yang kering dan kasar serta mengatasi kerekahan.



Punca utama tumit yang kasar dan pecah terjadi adalah kerana kekurangan kelembapan. Ditambah pula dengan aktiviti seharian seperti banyak berjalan dan berdiri, penggunaan tapak kasut atau selipar yang keras tumit akan menjadi kasar dan merekah. Pertambahan berat badan juga menjadi punca…

Cerita kami di hari raya Aidilfitri 2015

Image
Macam biasa tiap-tiap tahun mesti nak cerita pasal raya. Kenangan indah mesti nak simpan sampai bila-bila. Esok-esok senang anak cucu nak baca kisah camana nena jana masa muda meraikan hari raya.

Biskut Raya

Tahun ni special sikit sebab first time jana berpeluang buat biskut raya. Awal-awal dah ada buku resepi tapi bila nak start, hilang pulak buku tu. Menggagau la jana Google cari resipi yang simple tapi sedap. Maklum la, jana ni kira tahap amatur je. Tambah pula ada anak dara rajin menolong so jana jadi lebih bersemangat nak buat biskut raya.



Alhamdulillah, hujung puasa dan hari raya baru ni mak sempat sembuh dari masalah tulang retak. Mak sangat berdisiplin amal vitamin Shaklee untuk Set Tulang iaitu ESP, OSTEMATRIX & ZINC COMPLEX. Dengan izin Allah, cepat sembuh. Dah boleh berjalan pun cuma nak buat kerja berat tu masih tak boleh. Masak pun tak boleh lagi. Kena pula 2 orang adik beradik jana giliran beraya di rumah mertua masing-masing so tinggal la jana yang kena galas tanggu…

Cara cepat untuk sembuhkan tulang patah dan retak

Image
Ni jana nak cerita macam mana cara cepat untuk sembuhkan tulang patah dan retak. Kisah mak jana sendiri ye. Mak jana dah berusia 60 lebih. Ada masalah tekanan darah tinggi sekali tu. Nak dijadikan cerita tengah bulan 5 baru ni mak jatuh dan tak boleh bergerak. Paling menakutkan bila doktor pakar dah sahkan tulang pinggul mak retak! Masa tu memang cuak tak habis tak boleh nak cerita. Apa yang lebih kami risau adalah, atas faktor usia mak doktor cakap proses penyembuhan tulang patah dan retak biasanya agak lambat. Paling cepat selepas 3 bulan baru boleh berjalan!

Ditambah pula cerita-cerita dari jiran tentang kenalan mereka yang mengalami patah tulang dan retak lambat sembuh malah ada yang lebih kronik tak boleh berjalan hingga sekarang walaupun dah hampir setahun berlaku! Tidak!!!


Mak adalah tonggak keluarga kami. Kesihatan mak adalah keutamaan kami. Mak pula jenis yang aktif, tak boleh duk diam. Mak suka tanam bunga dan berkebun, mak suka jalan-jalan cari makan dengan anak cucu, mak s…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi