Posts

Showing posts from October, 2014

Pengedar Shaklee Kota Bharu

Image
Assalamualaikum..Memperkenalkan Pengedar Shaklee Kota Bharu yang sah lagi terlatih iaitu Puan Wan yang sentiasa bersedia membantu anda untuk mendapatkan produk-produk dan vitamin Shaklee. Konsep Shaklee adalah mementingkan konsultasi supaya pengguna akan mendapat hasil yang terbaik untuk kesihatan mahupun kecantikan dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Kelebihan pengedar Shaklee Kota Bharu, Puan Wan ialah:

Mempunyai stok sedia ada yang boleh terus dihantar ke tempat anda.Pembayaran boleh dibuat semasa penghantaran (Cash On Delivery).Boleh mendapatkan tip-tip, konsultasi dan nasihat cara makan secara face to face.Kebolehpercayaan yang tinggi
Sekiranya anda mementingkan kriteria-kriteria diatas, dapatkan vitamin Shaklee dari pengedar Shaklee Kota Bharu, Puan Wan ditalian berikut;

Nama penuh : Wan Nurhasliza
Shaklee ID : 932441
Facebook : AF Corner
Kawasan penghantaran PERCUMA :  Kota Bharu, Kubang Kerian, Ketereh, Kok Lanas dan sekitarnya.
Selain mendapatkan vitamin Shaklee dari penge…

Makan-makan: Restoran kegemaran saya

Image
Sapa suka makan makanan Thai? Ni nak kongsi sikit tentang satu restoran masakan ala Thai kegemaran saya sekeluarga. Restoran ni terletak di batu 8, Gombak..bagi yang tak biasa dengan area Gombak, restoran ni terletak di tepi jalan lama yang menghala ke Karak..Senang je nak cam sebab kat situ ada juga restoran-restoran lain dan tempat parking yang agak luas. So walaupun malam, tempat tu agak meriah ditambah dengan hiasan lampu neon yang berwarna-warni.

Nama restoran tu ialah Wira Seafood. Menu kegemaran kami adalah Ikan Siakap Stim Limau, Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Poktek, Kerabu Suhun, Daging Masak Merah, ABC dan Pulut Mangga. Banyak lagi menu-menu lain yang ada tapi itu lah yang selalunya kami akan order..


Sori la takde gambar yang saya boleh kongsi sebab selalunya bila makanan dihidangkan, baca doa makan dan terus NGAPP!! Gambar kedai lagi la takde..Mujur ada 1 gambar Pulut Mangga ni..

Dari segi harga, bagi kami berpatutan la dengan mutu makanan, suasana restoran dan servis yang dis…

HOMEMADE Resipi: Teresek Jantung Pisang

Image
Teresek adalah masakan tradisional orang -orang negeri Kelantan dan biasanya dibuat pada waktu kenduri. Selain jantung pisang, kacang panjang dan kulat sisir pun boleh dimasak teresek. Bergantung pada bahan mentah yang ada..biasala kat kampung bahan-bahan mentah tu boleh dikutip dari kebun je, dalam kuantiti yang banyak pulak tu..

Teresek adalah salah satu makanan kegemaran saya sepanjang masa. Sebab dah makanan kegemaran haruslah saya belajar memasaknya. Tak payah tunggu kenduri, tiap-tiap hari pun boleh makan..Homemade resipi je..Oleh kerana kali ni ada banyak jantung pisang yang saya ambil sendiri dari kebun maka saya nak kongsi homemade resipi Teresek Jantung Pisang..


Bahan-bahan;

4 biji Jantung pisang
1/2 Ekor ayam berserta kaki, leher, hati
2 cawan Santan pekat
1/2 cawan Kerisik kelapa
2 peket rempah kari daging Cap Orang Terbang
15 biji Cili kering
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia dan lengkuas
Asam keping
Gula dan garam

Cara-cara;

1. Hiris jantung pisang dan rendam…

Vitamin Shaklee yang pertama saya makan

Image
Vitamin Shaklee yang pertama saya makan ialah set vitamin untuk ibu mengandung yang terdiri daripada Ostematrix, Bcomplex, Vita-lea dan SR Vita-C. Set vitamin untuk ibu mengandung ini lah yang membuatkan saya terjebak dengan dunia bisnes Shaklee hingga lah sekarang. Biasala kan, bila kita dah jumpa sesuatu yang baik tentu lah nak kongsi dengan keluarga dan kawan-kawan kan? Supaya mereka juga dapat manfaat sebagaimana yang saya dapat. Sharing is caring katanya..



Masa tu saya hamil buat kali ke-2. Berbanding kehamilan pertama, badan rasa sangat lemah. Mudah demam, sakit-sakit badan dan dalam masa yang sama nak jaga si kembar yang sedang aktif. Faham-faham je la budak-budak kecil ni, banyak hal. Makan memilih, selalu demam, batuk selsema, sembelit lagi tu bercampur pula dengan diri sendiri yang kurang sihat dan tak bertenaga. Dengan keadaan rumah lagi yang sentiasa bersepah dan berhabuk. Stress memanjang. Bila dah badan penat dan lesu mula lah garang semacam. Kadang-kadang saya jadi maca…

Ada apa dalam beg tangan saya

Image
Bila nak keluar saya jarang bawa beg tangan. Setakat nak pergi pasar, bawa anak-anak pergi playground atau cod vitamin Shaklee saya lebih suka bawa wrislet je sebab lebih mudah dibawa ke mana-mana dan lebih praktikal. Boleh sangkut kat pergelangan tangan je. Cukup ada barang-barang wajib je seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad nikah, kad perubatan dan telefon bimbit..

Tapi bila nak pergi ke tempat-tempat tertentu, terpaksalah galas beg tangan juga. Jom selongkar sikit apa ada dalam beg tangan saya


Ni lah biasanya 'isi perut' beg tangan saya..mesti ada;

Organizer. Dalam organizer tu ada senarai idea nak buat entri blog, senarai impian dan kata-kata semangat, senarai harga vitamin Shaklee, tempat saya salin tip-tip bisnes dan produk dari group, rujukan untuk konsultasi, senarai untuk topup stok..dan macam-macam lagi lah..

Pencil case. Dalam tu ada gunting, marker, gam, stapler, pita pelekat..ini tabiat dari zaman belajar di universiti. Bila nak isi form ke, urusan poslaju …

Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh

Image
Jika anda atau ahli keluarga sedang mengalami patah tulang, tulang retak atau baru je menjalani pembedahan tulang, jangan sesekali abaikan pengambilan vitamin untuk membantu merawat tulang patah agar cepat sembuh.

Vitamin untuk tulang patah agar cepat sembuh bukan sahaja penting untuk bantu merawat tulang patah dan retak agar cepat sembuh malah bantu kuatkan sistem imun bagi melawan sebarang jangkitan pada luka dan membina semula dan mengukuhkan sel-sel tulang, daging dan otot supaya dapat kembali berfungsi seperti biasa malah lebih kuat.

Vitamin untuk merawat tulang patah agar cepat sembuh ini akan memastikan nutrisi yang betul yang diperlukan tubuh semasa dalam proses penyembuhan supaya mencukupi terutamanya bagi mereka yang lebih berusia, kekurangan nutrisi, ada penyakit sedia ada dan merokok.



Tulang merupakan tisu unik yang boleh tumbuh semula namun ia bergantung kepada keupayaan tubuh untuk menentukan samada tulang dapat bercantum dengan cepat atau tidak. Keupayaan tubuh pula dit…

Percutian idaman saya..

Image
Selain menziarahi tanah suci Mekah, percutian idaman saya ialah menikmati suasana indah damai yang sejuk lagi nyaman dengan pemandangan indah penuh bunga-bungaan berwarna-warni, bukit bukau, bangunan klasik secara berbasikal bersama insan-insan tercinta.

Tempat yang tersenarai dalam percutian idaman saya ialah ladang bunga tulip di Belanda, padang bunga-bunga liar di Colorado di US, festival dan taman-taman bunga Sakura mekar di Jepun, ladang bunga matahari di Tuscany, Itali dan padang bunga lavender di Provence, Perancis..


Dalam percutian idaman saya, saya gemar pilih untuk tinggal di homestay yang bercirikan budaya tempatan dan bergaul dengan penduduk tempatan. Dapat berbasikal menikmati pemandangan indah ciptaan tuhan memang tak terbanding nikmatnya..


Semoga percutian-percutian idaman saya ni menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Impian ni bukan untuk saya sorang tapi juga kepada insan-insan tersayang yang sentiasa teguh menyokong saya dalam apa jua keadaan. Impian yang disertakan…

Kelebihan dan kebaikan vitamin C Shaklee

Image
Dalam banyak-banyak vitamin, vitamin c Shaklee lah yang paling banyak permintaan dipasaran. Apa taknya, kalau nak cantik mesti ada vitamin c..Kalau nak sihat mesti ada vitamin c..kalau hamil mesti ambil vitamin c..pendek kata vitamin c ni adalah keperluan asas untuk kesihatan dan kecantikan. Kalau nak dibandingkan kelebihan dan kebaikan vitamin c Shaklee dengan vitamin c yang lain dipasaran, sudah tentu tiada yang dapat menandinginya.

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan dan kebaikan vitamin c Shaklee, jom baca dulu apa itu vitamin c dan mengapa kita sangat memerlukannya.
Vitamin c atau dikenali sebagai asid askorbik berperanan membantu  Mengaktifkan sel-sel darah putih yang berperanan penting melawan serangan bakteria dan virus. Bersifat antioksidan yang berfungsi melawan radikal bebas dari merosakkan sel-sel.Vitamin c merangsang pengeluaran asid bile yang berperanan mengawal paras kolesterol. Bantu mencegah atherosclerosis iaitu penyakit akibat lemak dan kolesterol …

3 perkara tentang saya yang ramai orang tak tau

Image
Sempena menyahut cabaran untuk update blog selama 7 hari berturut-turut, suka saya nak cerita tentang fakta diri sendiri pula. Ye lah, selalunya fakta tentang masalah kesihatan, punca dan vitamin je kan..kali ni ubah topik sikit..

3 perkara tentang saya yang ramai orang tak tau...

1. Sangat suka makan makanan pedas

Walaupun saya orang Kelantan, tahap kepedasan saya sangat tinggi. Ha..camana tu. Kalau pergi makan kat Nando's yang extra hot peri-peri tu macam just nice bagi saya.Masakan seperti masak lemak cilipadi ke, tomyam ke, memang toplist menu kegemaran saya..cili tu saya buat ulam. Bila malas nak masak saya potong je cili kecil-kecil pastu letak kicap sikit makan dengan telur goreng dan nasi. Fuhh, selera makan tu terus datang membuak-buak..



Pendek cerita, kalau tak pedas hilang selera...makan pun ciput je

Dulu-dulu masa awal perkahwinan selalu kena perli dengan suami sebab dia tak suka makan pedas! Mana taknya, budu sepiring pun sampai 7-8 biji cili...So kena la biasakan con…

Ketahui punca dan cara hilangkan keputihan semasa mengandung

Image
Pengetahuan tentang punca dan cara hilangkan keputihan semasa mengandung penting bagi setiap orang kerana dengan pengetahuan ini mereka boleh membezakan antara keputihan yang selamat dan keputihan yang boleh membahayakan dan cara-cara untuk mengatasinya.

Keputihan semasa mengandung mahupun dikalangan wanita yang tidak mengandung adalah normal kerana ia berperanan penting dalam penjagaan fungsi organ pembiakan wanita. Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar didalam rahim dan serviks berfungsi untuk membawa keluar bakteria dan sel-sel mati. Ini akan membantu organ pembiakan wanita sentiasa bersih dan mencegah serangan jangkitan. Sumber




Keputihan ketika mengandung (Leukorrhea) biasanya bersifat cair, berwarna putih susu dan bau yang tidak kuat (malah ada yang tidak berbau langsung). Semasa mengandung, penghasilan hormon estrogen akan meningkat maka ia menyebabkan keputihan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding sewaktu tidak hamil. Leukorrhea tidak membahayakan bayi dalam kandungan mahup…

MERIAHNYA HARI RAYA AIDILADHA

Image
Macam biasa hari raya ni saya beraya di rumah mak di Kelantan. Macam biasa juga, raya di rumah mak meriah dan mewah dengan makanan yang sedap-sedap. Sebab tu setiap kali raya terutamanya pagi raya saya memang tak boleh beraya kat tempat lain selain rumah mak. Kemeriahan tu memang dirasai sejak dari petang sehari sebelum tu bila periuk-periuk besar mula diturunkan dari almari, bawang-bawang mula dikupas, dapur ke-2 mula dipasang..suara hiruk pikuk si kembar dan sepupu-sepupu bergurau senda...

Memang meriah...




Ni menu pagi raya Aidiladha kami sekeluarga..
Ada soto dan nasi impit berkuah kacang..
Buat soto ni sebab nak tarik selera anak-anak..diorang suka sangat makan soto. Hingga jam 1 tengahari, si kembar dah pun habiskan 4 mangkuk soto setiap seorang...sama lah sepupu diorang Kak Yong dan Hafiz. Bila sorang mintak, nanti semua pun beratur nak jugak..Puas hati saya dan kakak selepas semalaman didapur menyediakan soto..Anak-anak berselera makan, mak mana tak gembira ye tak??

Untuk menu …

HILANGKAN MASALAH LINGKARAN GELAP BAWAH MATA DAN EYE-BAG UNTUK PENAMPILAN YANG LEBIH MENARIK DAN MEYAKINKAN

Image
Hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag (mata sembap) dapat membantu penampilan seseorang agar nampak lebih menarik dan menyakinkan. Ini kerana mata yang cantik tanpa masalah lingkaran gelap bawah mata atau mata panda dan eye-bag membuatkan seseorang itu nampak sihat, cergas dan bertenaga. Masalah mata panda dan eye-bag juga menyebabkan seseorang itu kelihatan lebih berusia.

Apakah faktor yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag

Lingkaran gelap bawah mata sebenarnya merupakan salur-salur darah yang kelihatan menerusi kulit. Faktor keturunan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku..Ini kerana kulit dibahagian bawah mata merupakan kulit yang paling nipis berbanding kulit dibahagian-bahagian lain dan berbeza antara setiap individu. Mereka yang mempunyai struktur tulang tertentu yang menyebabkan bebayang pada sekitar mata juga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata kelihatan jelas.



Eye-bag iaitu mata sembap pula disebabkan lemak yang berkumpul disekitar orbit…

GABUNGAN ESP DAN VITAMIN E BERKESAN MENGHILANGKAN PARUT DAN MENCANTIKKAN KULIT

Image
Menghilangkan parut bukanlah suatu yang mudah terutamanya bagi mereka yang lebih berusia. Ditambah pula tidak menjaga keseimbangan pengambilan nutrisi, menghilangkan parut akan menjadi lebih sukar dan akan mengambil masa yang sangat lama. Lebih teruk, parut-parut akan terus kekal. Jika anda sedang menghadapi dilema parut jangan risau, gabungan Shaklee ESP dan vitamin E berkesan menghilangkan parut dan mencantikkan kulit.

Mengapa Shaklee ESP?

Apabila kulit berparut, ini bermakna sel-sel dibahagian tersebut telah rosak. Protin berperanan penting dalam membina dan membaiki semula sel-sel bagi menggantikan yang telah rosak. Sebab itu lah tubuh manusia memerlukan protin yang tinggi supaya dapat mebina dan menggantikan sel-sel kulit, organ, rambut, darah dan lain-lain. ESP membekalkan protin yang merupakan asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia.. Asid amino sangat penting dalam memperbaiki dan membina semula sel-sel yang telah rosak.

Mengapa Vitamin E Complex?

10 SEBAB MENGAPA ESP BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Image
Teringat masa mengandungkan si kembar Hazim & Haziq..Tiap-tiap pagi mesti teringin sangat nak makan taufu-fa. Bayangkan rasanya yang manis-manis, lemak-lemak soya dan bila dimakan sejuk-sejuk, perghh..nikmat yang tak terhingga. Jadi masa tu tiap kali pasar malam, saya akan beli 3-4 bekas sekaligus, dan simpan dalam peti. Sampai satu ketika, masa pergi check-up kat GH ada nurse cakap ngan saya, jangan makan banyak sangat taufu-fa tu sebab air gula boleh naikkan gula dalam darah..aiseh..Masa tu tak kenal ESP Shaklee pun lagi..tak tau pun ESP Shaklee sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan terutamanya ibu hami, berpantang dan menyusu...

Sekarang bila dah kenal ESP Shaklee, tak berapa nak pandang dah taufu-fa tu..Bila makan taufu-fa rasa macam manis sangat pula air gula tu..Berbeza dengan rasa ESP yang manis-manis lemak soya tu..gitu..Padahal tak pandai nak explain..Tu yang buat ramai orang jatuh cinta dengannya berkali-kali..Itu baru rasanya, belum lagi rasa kesannya pada kesih…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi