Posts

Showing posts from April, 2014

ATASI MIGRAIN & MENCEGAHNYA DARI BERULANG

Image
Sakit kepala akibat migrain sering melanda ramai diantara kita tanpa mengira usia dan jantina. Saya sendiri pun sering mengalami migrain sejak dari zaman sekolah dan berterusan hingga ke dewasa. Sungguh menyeksakan bila migrain datang menyerang. Pandangan mata jadi silau (macam baru lepas tengok cahaya, ada black spot), sakit kepala yang kuat (berdenyut-denyut pada bahagian tertentu), sensitif pada cahaya, seluruh badan rasa kebas, loya dan cirit-birit. Duduk pun tak kena, baring pun tak kena, apatah lagi nak berdiri dan berjalan.

Pada pengalaman saya, pengambilan pil tahan sakit tidak begitu membantu untuk atasi migrain dan mencegahnya dari berulang. Ia lambat berkesan, perlu diulangi selang beberapa jam dan tidak mencegah migrain untuk masa akan datang. Lagipun pil tahan sakit boleh mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang. 

Tapi sejak saya kenal vitamin Shaklee ni, saya dah tau cara untuk atasi migrain dan cegahnya dari berulang dengan berkesan. Sebab tu sekarang saya ti…

OSTEMATRIX ATASI SEMBELIT KETIKA HAMIL

Image
Ramai ibu hamil mengalami sembelit terutamanya pada trimester terakhir. Diantara puncanya ialah pengambilan pil zat besi yang tertentu. Sembelit ketika hamil juga disebabkan oleh kurang pergerakan, kurang air (dehidrasi), kurang serat dan faktor fizikal. Yelah, bila rahim dah semakin membesar ia akan menekan usus besar hingga menghalang pergerakan najis. Peningkatan hormon progesteron juga menyebabkan pergerakan sisa makanan ke usus besar menjadi lebih perlahan.

Pengalaman saya pada kehamilan kedua, boleh dikatakan saya langsung takde masalah sembelit..sangat berbeza dengan kehamilan pertama. Rupa-rupanya, dalam set kehamilan Shaklee yang saya duk amalkan tu ada Ostematrix. Ostematrix membekalkan keperluan kalsium & magnesium yang boleh bantu atasi sembelit ketika hamil.


Ostematrix membantu melembutkan najis, mengawal pengecutan otot rektum dan memudahkan proses pembuangan. Sebab itu lah ibu-ibu hamil yang mengalami masalah sembelit amat disarankan mengambil Ostematrix. Ibu dalam p…

OMEGA GUARD BANTU ATASI PERUT BUNCIT

Image
Jika tuan berusia 30 tahun keatas dan sedang mengalami perut buncit, berhati-hatilah kerana itu bukan petanda baik. Itu sebenarnya adalah petunjuk bahawa tuan berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, diabetes, serangan jantung, penyakit dementia dan beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon dan kanser payudara. 

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, oleh sebab perut buncit boleh mencetuskan masalah kardiovaskular, ia merupakan salah satu punca masalah lemah tenaga seksual. Lelaki yang mengalami perut buncit juga lebih cenderung mati lebih awal.

Jika tuan mempunyai isteri, anak dan dalam masa yang sama berperut buncit berusahalah untuk mengatasi  masalah perut buncit bermula sekarang! Work Smart, Not Harder..Eat Better, Not Less. 
Perut buncit bukan je boleh membawa masalah kesihatan, malah turut mengganggu penampilan.




Adalah normal lemak akan berada dibawah lapisan kulit (subcutaneous fat) dan menyaluti organ (visceral fat) kerana ia umpama kusyen bagi organ-organ penting. …

CARA ATASI BADAN LESU DAN LEMAH

Image
Tak best betul bila badan lesu, lemah, rasa berat & tak bermaya kan??
Bila dah macam tu, mula la malas nak bergerak. Kalau kat rumah, malas je nak masak nak kemas rumah..Kalau kat ofis malas je nak ke sana ke sini..semua benda suruh orang ambikkan. Nak jawab telefon pun malas. Boleh?
Apabila badan lesu biasanya efek akan naik ke wajah..sebab tu kita sering tengok ramai orang yang bekerja dengan wajah yang kelat, moody je..

Kalau camtu, saya ada cara untuk atasi badan lesu & lemah. Bila badan sihat dan ceria, bertenaga & cergas semua benda pun berjalan lancar. Kalau kat rumah boleh masak yang special, rajin je kemas rumah berkebun, layan anak-anak...Kalau kat ofis pulak, tentulah rajin. Segala dugaan & cabaran dapat diatasi dengan tenang & sabar. Wajah pun senyum je, takde moody lagi dah. Gitu....




Antara sebab badan kita sering rasa lesu & lemah ialah

Kurang minum air ~ pastikan tubuh kita mendapat air yang mencukupi. Minum sekurang-kurangnya 2L air sehari.Kurang …

7 TIP PENJAGAAN KESIHATAN LELAKI

Image
Semua pun tahu lelaki mempunyai banyak tanggungjawabnya. Ibu bapa, isteri, anak-anak & kerjaya ini semua memerlukan anda untuk berada dalam keadaan terbaik. Kalau sering sakit, menghidap penyakit kronik, sering lemah & lesu camana nak jalankan tanggungjawab anda dengan sempurna. 

Lelaki amat bertuah kerana kebanyakan masalah kesihatan lelaki adalah dapat dicegah dari peringkat awal contohnya seperti penyakit kardiovaskular, kanser, kesuburan dan kecederaan yang tidak disengajakan. Apa yang penting ialah, mereka perlu memilih cara hidup & pemakanan yang sihat, tidak mengambil alkohol dan tidak merokok.

Merawat penyakit-penyakit kronik sudah tentu memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu mencegah adalah satu langkah yang sangat bijak. Sebab tu Shaklee ada vitamin untuk lelaki. Set kesihatan lelaki Shaklee memelihara kesihatan secara menyeluruh termasuk kesihatan jantung, seksual dan kelestarian tenaga.


7 tips penjagaan kesihatan lelaki
Tidak merokok ~ jika anda sedang merokok sila …

VITAMIN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN WANITA

Image
Wanita ni secara semulajadi Allah jadikan lembut, lemah gemalai, pengasih namun jangan tak tau mereka ni sebenarnya kuat, berani, berfikiran jauh dan bijak. Dalam sesebuah rumahtangga biasanya mereka adalah tonggak utama. Tanggungjawab dan kehadiran mereka setiap masa adalah sangat penting tambah pula bagi yang berkerjaya.

Sebab tu wanita bila usia dia dah meningkat, sibuk dengan tugasan harian dan mempunyai anak ditambah pula kurang penjagaan dan nutrisi yang seimbang, mereka akan kelihatan lebih berusia dari usia mereka yang sebenarnya dan mudah kena penyakit.

Bagi mereka yang tercari-cari suplemen tambahan bagi memelihara kesihatan kewanitaan secara menyeluruh, saya nak kongsi tentang vitamin Shaklee untuk kesihatan wanita.


Vitamin-vitamin ni diambil bersama bagi memelihara & memenuhi keperluan dari segi

Penjagaan kewanitaan ~ mengawalselia hormon, PMS, menapous, cystMemelihara kesihatan kardiovaskuluar ~ kawal kolesterol, elak penyakit jantung, darah tinggiMemelihara kesihatan t…

SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK MUDAH HAMIL

Image
Sukar hamil bukanlah masalah ketidaksuburan isteri sahaja, tahap kesuburan suami juga perlu sama diambil kira. Sekiranya anda mengalami situasi sukar hamil akibat tidak subur, jom cuba set kesuburan Shaklee untuk membantu anda mudah hamil.



Kesuburan bagi wanita biasanya dikaitkan dengan kitaran haid. Ini kerana kitaran haid adalah waktu untuk proses ovulasi (pengeluaran telur) dari ovum. Pengovulasian sangat penting kerana telur yang dikeluarkan akan disenyawakan oleh sperma dan seterusnya menempel pada dinding rahim untuk membesar sebagai janin.

Kitaran haid yang tidak menentu menyebabkan pengovulasi juga tidak menentu. Ini jelas boleh menganggu kesuburan wanita tersebut dan menyebabkan masalah ketidaksuburan.

Bagi lelaki pula, bilangan dan keadaan fizikal sperma amat penting untuk menentukan tahap kesuburan. Sperma yang cacat atau bilangan yang sedikit dan kekurangan cecair semen menyebabkan sperma tidak dapat menghampiri ovum untuk proses persenyawaan. 

Setiap vitamin mempunyai fungsi…

OSTEOPOROSIS; ADAKAH ANDA BERISIKO?

Image
Secara normal tulang manusia sepatutnya padat dan keras. Apabila tulang mula hilang kepadatan, rapuh dan mudah retak ia merupakan suatu penyakit yang dipanggil Osteoporosis. Osteoporosis akan menyebabkan pesakit itu
semakin pendek bila usia makin meningkat
~ mengalami sakit belakang yang teruk
masalah bentuk tubuh akibat dari bentuk tulang kerangka yang tidak seimbang
~ menganggu keseimbangan berjalan.

Osteoporosis adalah penyakit diam yang tidak menunjukkan simptom awal hinggalah tulang mula retak dan patah. Namun ia boleh dikesan dengan lebih awal dengan melakukan pemeriksaan di hospital. Jom periksa, adakah anda berisiko?



Orang yang berisiko menghidap Osteoporosis ialah

Badan kecil & kurusSejarah keluarga menghidap OsteoporosisMenopause awalTidak datang haid untuk jangka masa yang lamaPenggunaan ubat-ubatan yang berpanjanganKurang pengambilan kalsiumKurang aktiviti fizikalMerokokPengambilan alkohol
Memang terdapat cara untuk merawat Osteoporosis namun mencegahnya dari berlaku ad…

COLLAGEN POWDER: RAMBUT BOTAK KEMBALI TUMBUH

Image
Botak biasanya kita anggap sebagai fesyen. Tapi bila ia mencacatkan pandangan, mana nak dianggap fesyen lagi kan? Tambah-tambah dikalangan wanita. Maksud saya disini bukan botak keseluruhan tapi botak pada sesetengah tempat sahaja. Saya sendiri pun pernah alami situasi begini dekat bahagian depan belahan rambut. Jarang, nipis macam nak botak..bila tengok cermin dari jauh memang nampak botak!

Kawasan rambut yang jarang, nipis dan macam botak tu makin lama makin luas tau. Saya dapat bayangkan suatu hari nanti rambut saya kemungkinan akan jadi macam ni..Mujur saya cuba Shaklee Collagen Powder, rambut kembali tumbuh dengan sihat dan lebat.


Masa tu saya baru makan beberapa sachet, belum habis sekotak pun lagi..bila tengok dicermin nampak berceracak anak rambut baru tumbuh dikawasan yang bermasalah tu..Memang pantas! Rambut-rambut tu pulak banyak, nampak sihat & tebal..tak macam dulu jarang, nipis & halus je..

Saiz molekul Collagen Powder tu sendiri yang sangat halus sebab tu cepat j…

OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM

Image
Istimewanya kalsium dari Shaklee ialah ia memastikan kadar penyerapan sebanyak 99% dan menghalang endapan sesetengah mineral. Ostematrix adalah bukan sekadar kalsium, ia turut dilengkapi dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zink, boron, kuprum dan mangan. Ia memenuhi keperluan kalsium dan mineral tubuh manusia.



Kelebihan dan kebaikan Ostematrix
Baik untuk tulang, saraf & otot ~ Kalsium yang mencukupi dapat menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi & tulang, fungsi dan impuls saraf yang optimum. Ia membantu merawat tulang rapuh, tulang retak, ekzema, kekejangan otot, atasi gusi berdarah dan merangsang pemekatan darah.
Memperbaiki sakit sendi & arthritis
Meringankan stress ~ Ia membantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki masalah jantung berdebar & stress. Ia juga memperbaiki mood swing, tekanan mental, sakit kepala dan pitam.
Memperbaiki masalah haid ~ Kajian menunjukkan pengambilan 1,000mg Kalsium & Ma…

SHAKLEE: HARGA AHLI VS HARGA PASARAN

Image
Terkini! Shaklee (M) Sdn Bhd telah menetapkan undang-undang mengenai harga pasaran. Hanya mereka yang berdaftar sahaja yang layak menikmati harga ahli. Mereka yang bukan ahli perlu membayar dengan harga pasaran.

Tiada lagi istilah 'Harga Runtuh', 'Harga Kawan-kawan', 'Promosi Hari Ini Sahaja' dibenarkan...Tiada lagi harga tawar menawar...Hanya promosi yang Shaklee buat je sah. Yang promosi Beli 6 Percuma 1 tu...

Semua pengedar Shaklee termasuk saya telah diarahkan untuk mengikut rules yang telah dikeluarkan. Kalau tak keahlian kene terminate...adoi, kesian...anda sebagai pengguna berhemah, izinkan kami sebagai pengedar untuk menjadi pengedar berhemah.

Jadi, sekiranya anda pengguna Shaklee yang tegar inilah masanya untuk MENDAFTAR SEBAGAI AHLI.. Daftar ahli tak semestinya kene menjual..Untuk makan sendiri pun boleh. Bila sendiri dah jadi ahli tak payah dah contact pengedar sana sini untuk bandingkan harga sapa jual paling murah..

Untuk daftar anda boleh pilih sam…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi