Tuesday 13 March 2018

# Jeragat # Kecantikan

Bagaimana hilangkan jeragat degil lebih cepat tapi selamat?

Salah satu dilema wanita berusia 30 tahun ke atas ialah nak hilangkan jeragat dengan cepat. Jana tau betapa susahnya nak cari produk yang betul-betul berkesan. Ada yang cuba pelbagai produk untuk hilangkan jeragat, tapi sebaliknya jeragat makin menjadi-jadi. Ada juga yang menjanjikan kesan cepat tapi bahaya sebab ada racun.

Jadi bagaimana nak hilangkan jeragat degil lebih cepat tapi selamat?


hilangkan jeragat


Jana juga salah seorang yang mengalami masalah jeragat. Jadi jana sangat faham situasi ini.

Jeragat bukan macam cat pada dinding yang kita boleh sapu atau kikis untuk dihilangkan. Jeragat terbentuk pada lapisan epidermis iaitu bahagian dalam kulit. Jadi untuk menghilangkannya kita kena atasi secara dalaman.



Punca jeragat terjadi

Jeragat terjadi hasil dari stimulasi melanocytes apabila kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Melanocytes menghasilkan melanin yang berfungsi melindungi. Pendedahan yang berlebihan terhadap sinaran matahari menyebabkan hiperpigmentasi.

hilangkan jeragat dengan berkesan


Oleh kerana jeragat berkait rapat dengan hormon wanita, maka kehamilan, penggunaan alat pencegah kehamilan dan terapi hormon boleh menjadi punca jeragat.

Kemurungan atau stress yang teruk juga boleh menyebabkan hormon stimulasi melanocytes terhasil dengan banyak lalu menyebabkan jeragat muncul.

Penggunaan alat kosmetik dan penjagaan kulit yang mengandungi bahab kimia merbahaya menyebabkan keradangan kulit. Hasilnya jeragat boleh menjadi makin teruk.

Terdedah kepada haba atau bahang api dalam tempoh yang lama seperti memasak pun boleh menyebabkan jeragat.

Lihat >> 8 punca jeragat pada usia 20 & 30 an


Nak hilangkan jeragat yang baru muncul lebih mudah berbanding nak hilangkan jeragat yang sudah lama. Oleh itu, rajin-rajin lah belek muka setiap hari. Jeragat muncul dari bawah kulit, kita mungkin tak perasan jeragat sedang terbentuk. Jika terdapat tanda-tanda awal jeragat segeralah cari jalan untuk menghilangkannya.

Tapi hati-hati, produk yang mengandungi bahan kimia bahaya boleh menyebabkan iritasi pada kulit lalu menyebabkan masalah jeragat jadi makin teruk.



Bagaimana menghilangkan jeragat degil lebih cepat dan berkesan tapi selamat? Set Jeragat Premium

set hilangkan jeragat shaklee




1. GLA Complex - Stabilkan hormon

Gangguan hormon adalah punca jeragat. Oleh itu, hormon mesti stabil untuk elak jeragat baru dari terus muncul dan dalam masa yang sama pastikan jeragat sedia ada tidak membesar.


2. ESP - Protin untuk sel-sel baru

Dalam tempoh tertentu sel-sel kita akan 'bertukarganti'. Secara semulajadi sel kita akan mati dan ditukar dengan sel yang baru. Protin merupakan bahan utama dalam pembinaan semula sel-sel baru dan juga komponen utama hormon. Protin sangat diperlukan untuk baiki pigmentasi.


3. Vivix - resveratrol

Resveratrol menghalang enzim tyrosinase. Enzim tyrosinase menyebabkan jeragat terbentuk dengan banyak apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari.

Resveratrol dalam Vivix telah diuji berupaya menghalang pembentukan jeragat dengan memberi perlindungan optimum terhadap sinar uv iaitu sebanyak 93% berbanding vitamin E 65% dan vitamin C 37%.

Komponen dalam Vivix menjadikan ianya bersifat sangat tinggi antioksidan yang berfungsi melawan serangan radikal bebas yang merosakkan dan melemahkan fungsi sel.


4. Collagen Powder - mencerah dan menyerikan

Kolagen memudarkan jeragat, mencerahkan dan melembapkan kulit. Kolagen dari sumber sisik ikan dapat memegang air dengan lebih lama menjadikan kulit kekal terhidrat dalam jangka masa lebih lama .


5. Vita C - pembetukan kolagen semulajadi

Bertindak sebagai agen antioksidan yang melindungi dari sinaran UV. Vitamin C halang pembentukan jeragat dan juga membaiki pigmentasi dengan berkesan dan membantu dalam proses sintesis kolagen tubuh.


6. Shaklee Youth Skincare - perlindungan dan baikpulih dari luar

Youth adalah rejim penjagaan luaran yang 100% terbukti selamat serta berkesan secara klinikal. Bebas dari 1,500 bahan kimia bahaya. Ini bagi memastikan kulit benat-benar bebas dari risiko mengalami iritasi.



Lihat >>Shaklee Youth Skincare tu apa?


Jeragat boleh ditutup dengan alat kosmetik. Tapi takkan setiap masa nak pakai makeup?
Bebaskan kulit dari masalah jeragat dan berani lah tampil cantik secara semulajadi tanpa perlu makeup tebal lagi. Set premium untuk hilangkan jeragat degil.


Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana