Thursday 22 February 2018

# Collagen Powder # Kecantikan

5 sebab kenapa kita kena ambil kolagen setiap hari

Kolagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan terutamanya untuk kulit cantik. Ramai yang tak tau sebenarnya, kolagen juga penting untuk kebanyakan fungsi tubuh.

Lihat >> Tanda-tanda tubuh kekurangan kolagen


Jom semak 5 sebab kenapa kena kekalkan tahap kolagen yang optimum dan kenapa harus bermula hari ini.

5 sebab kenapa kita kena ambil kolagen setiap hari


1. Kolagen adalah bahan utama untuk kulit yang lebih tegang.

fungsi kolagen untuk kulit


30% protin dalam tubuh kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel-sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit sentiasa utuh dan kuat.

Pendedahan terhadap pelbagai faktor termasuk pertambahan usia boleh menyebabkan kulit beransur-ansur keanjalan dan ketegangan.

Tambah kolagen dalam rejim suplemen harian supaya kita boleh mencegah kulit kendur dan berkedut.



2.  Kolagen menyokong kesihatan sendi

kolagen untuk sakit sendi


Kolagen membentuk blok pembinaan asas sendi. Ia sangat penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi yang lancar.

Kolagen sangat kaya dengan asid amino untuk memberi sokongan dan keanjalan pada tisu penghubung tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen.

Kolagen membantu kita untuk menyokong gaya hidup aktif.



3. Kolagen memelihara rambut dan kuku yang sihat

rambut gugur minum kolagen


Rambut dan kuku memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan.

Dengan mempunyai gudang penyimpanan  kolagen yang mencukupi, kolagen menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku supaya ia dapat tumbuh semula dengan sihat.

Kolagen menjadikan rambut berkilat dan kuku yang sihat.



4. Penghasilan kolagen semulajadi tubuh berkurangan setiap tahun

punca tubuh kurang kolagen


Menurut pembantu professor dermatologi di Universiti of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit:

Selepas umur melebihi 20 tahun, badan akan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada kemunculan garis-garis halus, kedutan dan kulit kering serta kusam.

Ambil kolagen bermula hari ni dan atasi masalah-masalah tersebut.



5. Kolagen anda rosak setiap hari

kekurangan kolagen


Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas dibawah kulit. Ini menyebabkan kemusnahan kolagen dan menyebabkan penuaan pramatang.

Walaupun kita tak dapat mengelak dari pencemaran dan sinar uv, anda masih boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat dan awet muda melalui pengambilan kolagen setiap hari.



Cara terbaik untuk dapatkan semula kolagen adalah melalui pengambilan suplemen kolagen. Tanggapan bahawa kolagen hanya untuk kecantikan atau hanya untuk wanita semata-mata adalah tidak benar. Tapi pengguna mesti bijak buat pilihan kolagen yang benar-benar berkesan supaya dapat kesan yang sepatutnya.

Lihat >> Tip pilih kolagen yang benar-benar berkesan

Kolagen sangat penting untuk kesihatan juga. Oleh itu, jangan culas untuk ambil kolagen setiap hari.





Pertanyaan/order

===========================
Hubungi

Hazana Binti Hamzah (sid 908814)
Facebook : Jana Hazana
Instagram : Jana_Hazana

===========================


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana