Sunday 23 October 2016

# Resipi Masakan Sihat

Resipi gaya noxxa sup tulang kaki lembu tumis darat

Kisah resipi gaya noxxa sup tulang kaki lembu tumis darat ni bermula bila Hazim demam dan takde selera nak makan. Kurus kering dah jadinya. Mandangkan sup tulang adalah faveret dia so jana usahakan pergi beli tulang lembu kat gerai tepi jalan tu. Kat situ memang agak terkenal stok daging dia sebab kualiti daging lembu yang mudah empuk bila dimasak, tak berlemak dan fresh.

Tapi sebab waktu jana pergi tu dah tengahari, semua dah sold out kecuali kaki lembu. Kaki pun kaki lah, tulang jugak. Lagi sedap sebab ada urat keting. Harga rm35.

Ini dia resipi sup tulang kaki lembu tumis darat gaya noxxa. Cekidout 



Bahan-bahan yang digunakan;

1. Seluruh kaki lembu yang dah dipotong-dipotong. Bersihkan.

2. Rempah sup tulang. Jana prefer rempah cap mak siti, cap rumania atau apa2 je kecuali cap Abadi. Ntah ler kenapa.. kurang kick kut.

3. Halia. Jana suka halia so guna banyak. Biasanya yang besar tu jana guna semua, bahagikan 2. Separuh untuk merebus, separuh lagi untuk ditumis.

4. Bawang merah (3-4 ulas), bawang besar kuning (2 biji), bawang putih (1 labu)

5. Gula & garam secukup rasa.




Cara-cara memasak; 

1. Masukkan tulang kaki lembu kedalam periuk noxxa dan masukkan air hingga tenggelam tulang2 tu.




2. Jana masukkan halia saiz 3 inci yang diketuk dan sejemput garam untuk direbus bersama. Tutup periuk dan tekan mode High Pressure. Set masa selama 30 minit. ON.

Nak tekan 30 minit tapi terlebih picit da...


3. Sementara itu hiris semua halia, bawang merah, bawang besar kuning dan bawang putih.

4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak. Sikit je tau sebab kita tak nak nanti sup tulang kita terlampau berminyak dan berlemak. Tumis rempah sup hingga wangi dan kemudian masukkan bahan hirisan lain.



5. Kacau dengan api sederhana hingga bahan tumis agak garing dan berbau wangi.

6. Bila alarm periuk noxxa dah berbunyi tekan OFF. Buka tutup periuk. Tukar mode Stir Fry. Waktu ni masukkan bahan tumis tadi serta gula dan garam secukupnya. Hati-hati! Tadi dah letak garam so kali ni letak sikit je ye. Secukup rasa je. Kacau dengan senduk sekejap.





7. Tekan OFF. Tutup periuk dan sekali lagi tekan mode High Pressure. Kali ni set masa lebih kurang 10 minit  je supaya aroma rempah2 dan perasa tadi sebati dan serap ke dalam isi. Juga untuk pastikan isi daging & urat keting betul-betul empuk. Baru syokk...

Tadaa..!




Ini lah sup tulang kaki lembu tumis darat gaya noxxa yang cepat lagi sedap itu. Yang ni tak hias pun sebab nak hidang untuk Hazim. Sambil jana nak test power ke idok.

Alhamdulillah, berselera Hazim makan. Sikit pun jadi lah, asal perut tak kosong.

Boleh tabur bawang goreng, daun sup dan perah asam limau nipis untuk tambahan. Lebih merecik dimakan bersama dengan jeruk cili (masam2 pedas). Perghh !! Nikmat yang tak terungkap dek kata2...

Total masa yang diperlukan, 40 minit sahaja. Start masak kul 12, kul 1 dah boleh makan. Hasilnya isi daging dan urat keting sangat empuk cair dimulut je. Syok !

Jom cuba. Jom tambat selera suami dan anak-anak dengan masakan air tangan kita sendiri.


Salam sayang, Jana



3 comments:

  1. Assalamualaikum ..
    adeh.. sup tulang. lapo pulak kita.


    heee. sila jemput ke blog comel saya di www.ainazulkifli.com

    terima kasih <3

    ReplyDelete
  2. TQ. Sedapnye sop tulang! Ibu boleh jual harga kaseh-sayang kalau nak. WASAP ibu
    Yati-019-2494819.Sekarang harga ahli rm657.20. Harga katalog rm788.65. 1 june 2017 harga naik lagi.

    Rugi kalau takbeli. Macam-macam boleh masak dengan periuk ni. MESTI ADA DI DAPUR.

    Ibu bagi 4 ebook beratus resepi noxxa-htr tru email.

    Periuk ni laku keras taw!!! PM ibu
    Yati-019-2494819.

    ReplyDelete
  3. Mmg best bila masak dgn noxxa ni. Mcm2 bley buat

    ReplyDelete

Follow Instragram Jana_Hazana