Posts

Showing posts from January, 2016

Merawat ulser mulut tanpa rasa pedih dan cegah berulang

Image
Jana ingat lagi, dulu-dulu masa sekolah selalu jugak kena ulser mulut. Masa tu kalu nak hilangkan ulser mulut mak tolong potong kulit delima pastu tempek kat tempat kejadian, fuh boleh tahan pedihnya. Tapi berkesan tau, sekejap je hilang ulser mulut ni. Pastu kadang-kadang kalu takde buah delima, letak garam. Pun berkerut muka menahan pedih. Dalam 2-3 hari menahan sengsara baru hilang ulser mulut tu. Hilang sungguh selera makan time tu.



Masa tu dengar je pasal ulser mulut memang jana cukup gerun. Kalu tak rawat, sakit.. kalu rawat, pun sakit jugak. Tapi sekarang jana tak risau dah kalu kena ulser mulut sebab jana ada cara untuk merawat ulser mulut tanpa rasa pedih malah boleh cegah ulser mulut dari berlarutan.

Kalu kat sesetengah tempat ulser mulut turut dikenali sebagai mata ikan. Kalu kat kampung jana ulser mulut dipanggil 'nepuh mulut'.


Punca ulser mulut ialah:

Tindakbalas tubuh terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus.Kecederaan mulut akibat tergigit, terkena dawai ort…

Cuti-cuti: Mandi kolam di Putra Valley Resort Tanah Merah

Image
Sabtu baru ni jana tunaikan hajat hero kuasa dua jana iaitu si kembar HazimHaziq untuk bawa diorang mandi kolam di Putra Valley Resort dekat Taman Kota Harmoni Tanah Merah Kelantan. Bagi yang tak tau, Putra Valley Resort tu sebelah jambatan Tanah Merah-Machang yang landmark dia bangunan macam istana tu. Tapi istana tu tak siap lagi tau..



Untuk pengetahuan semua, nak mandi kolam kat situ ada bayaran tau: RM12 untuk orang dewasaRM10 untuk kanak-kanak umur 7 tahun ke atasRM6 untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah (Info: kalu baby, bayaran akan dikenakan keatas orang dewasa. Ye lah, mesti ibu/ayah yang pegang baby tu akan masuk sekali dalam air kan.)



Kolam renang tu dibahagi kepada 2 bahagian..untuk kanak-kanak dan dewasa. So mak ayah tak perlu risau sangat anak-anak nak main kat situ. Lagipun bahagian untuk kanak-kanak tu dasarnya landai. Sesuai sangat untuk yang acah-acah berani macam HazimHaziq ni.







Best tau. Kawasan kolam tu luas dan disediakan gazebo, payung, kerusi. So boleh pilih nak…

11 Tanda-tanda anak ada masalah cacing

Image
Anak-anak memang berisiko tinggi kena masalah kecacingan dan ibubapa harus alert dengan tanda-tanda anak ada cacing. Biasa lah budak-budak, kalu tak jilat jari, tak jilat mainan tak sah. Belum lagi part main pasir, pegang benda-benda kotor dan macam-macam lagi pastu tak basuh tangan bila nak makan.

Contohnya macam sikembar Hazim & Haziq tu..selalu nak kena ingatkan supaya jangan jilat mainan, jangan gigit jari semasa bermain dan sentiasa basuh tangan bersih-bersih selepas bermain terutamanya di luar rumah atau di taman permainan! Tapi selalu jugak jana terlepas pandang. Adoii..




Macam mana nak tau tanda-tanda masalah cacing pada anak? Jom semak :
Berat badan turun walaupun anak berselera makan.
Anak mengadu gatal pada lubang najis terutamanya pada malam.
Hilang selera makan, lemah badan, perut kembung dan cirit birit.
Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing dalam najis.
Muka pucat
Batuk-batuk berpanjangan.
Mengetap gigi ketika tidur malam
Hiperaktif, meragam
Selalu demam, alami masa…

17 kepentingan mineral zink untuk lelaki mantap

Image
Tiap kali jana consult customer lelaki tentang vitamin Zinc Complex, mesti ada yang akan tanya: "lelaki boleh makan ke ni?". Untuk pengetahuan tuan-tuan yang dihormati, Zinc Complex bukan sekadar untuk atasi masalah rambut gugur hingga hampir botak atau luka cepat sembuh je tapi lebih dari tu. Banyak kebaikan dan manfaat Zinc Complex terutamanya untuk lelaki. Kali ni meh jana explain secara panjang lebar tentang kepentingan vitamin zink untuk lelaki mantap.



Bagi yang belum tau, antara vitamin untuk lelaki yang bantu pelihara kemantapan dan kesihatan lelaki selain vitamin e dan omega ialah zink. Pada zaman kegemilangan Rom, makan tiram (oyster) ialah lambang lelaki sejati. Ini kerana tiram ialah salah satu sumber mineral zink yang tinggi.

17 Kepentingan zink untuk lelaki mantap:

MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik daripada penggunaan antibiotik.
EKZEMA atau ectopic dermatitis: antaranya disebabkan kekurangan mineral zink da…

13 Rahsia Kajol tampil kurus menawan pada usia 40an

Image
Buntang mata jana masa kali pertama poster filem Dilwale 2015 muncul kat wall fb. Nyata konfius sekejap tengok Kajol dan SRK yang sangat menawan dan kacak tu. Hey, dua orang tu umur bukan muda lagi tau tapi dah masuk 40an hokeh! Kalu SRK tu, kita akan kata "biasala lelaki".. Tapi Kajol? Anak dah 2! Sungguh diluar tipikal wanita yang dah berkahwin, ada anak dan usia 40 an (mode dengki ;p )
Serius jana tertanya-tanya apa rahsia kajol hingga dia boleh tampil kurus menawan walaupun sudah berumur 40 lebih. Penampilan yang diidam-idamkan oleh hampir semua wanita pertengahan umur. Apa dia buat? Senaman apa? Makan apa? Macam mana diet dia?
Jana tau, jana tak keseorangan disini... puan-puan semua pun mesti nak tau jugak kan?


Menurut sumber Kajol telah mengikuti diet sihat sepanjang masa, rejim senaman yang ketat dan dia sangat konsisten dalam menjayakannya sejak 3 tahun lalu. Dia juga melantik jurulatih peribadi yang sebelum ni melatih suaminya iaitu Ajay Devgan.

Jom semak 13 rahsia …

Kenali simptom fatty liver (hati berlemak) dan cara menanganinya dengan berkesan

Image
Hati merupakan organ kedua terbesar dalam tubuh manusia yang mempunyai 500 fungsi termasuk menukar makanan kepada tenaga, menapis dan memproses darah yang mengalir dalam tubuh kita, menyahtoksik bahan berbahaya, mengawal atur hormon, tempat menyimpan sesetengah vitamin & mineral dan memproses nutrien.

Organ hati merupakan satu-satunya organ yang boleh membaiki dan membina dirinya semula dengan cepat ! Masalah hati berlemak jika tiada tindakan untuk menanganinya akan mengganggu sifat organ hati  yang sangat menakjubkan ini.

Hati berupaya menentang mikroorganisma yang menjadi punca penyakit, menyingkirkan bakteria dari dalam darah melalui hempedu yang berperanan utama dalam proses detoksifikasi dan metabolisme dan juga menapis dadah, alkohol dan segala toksin dari alam sekitar yang masuk kedalam tubuh kita.



Hati yang bermasalah akan menganggu kesemua fungsi-fungsi enzim sekaligus menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.


Menurut kajian, ramai orang tidak sedar mereka sedang mengala…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi