Posts

Showing posts from October, 2015

Ketahui 11 fakta risiko meroyan dikalangan ibu-ibu selepas bersalin

Image
Sehingga kini sebab atau punca meroyan masih tidak dapat dikenalpasti secara saintifik. Dulu pendapat umum mengatakan 1 daripada 10 ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami meroyan, namun kini ada pendapat yang mengatakan 1 daripada 7 ibu yang baru melahirkan anak berisiko tinggi untuk mengalami meroyan. Adakah peredaran yang makin canggih dan moden yang menyebabkan gejala meroyan semakin meningkat?

Baru ni kecoh dimedia pasal isu meroyan yang telah meragut nyawa seorang ibu yang baru 10 hari bersalin. Ketika ini, jika ada yang buka mindanya akan sedar bahawa meroyan bukan sekadar masalah kecil yang boleh dilupakan atau disembunyikan sendirian, tetapi ia boleh melibatkan nyawa! Pada jana, jangan duk seronok sangat judge orang lain. Meroyan adalah sesuatu yang diluar jangkaan.



Apa itu meroyan

Kebanyakan ibu baru bersalin akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan emosi. Perasaan bercampur baur seperti rasa gembira, ada rasa takut, ada rasa trauma, ada rasa penat dan macam-macam …

7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang anda takmau terlepas

Image
7 dari 10 perbualan dengan bakal customer mesti akan ada soalan, "ada kesan sampingan?". Ish mestila ada kesan sampingan. Semua benda yang kita buat pun akan ada kesan sampingannya. Kalu takde kesan apa pekdahnya nak buat tu ye tak? Meh sini jana nak kongsi 7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang akan membuatkan awak rasa berdebar-debar dan tak sabar nak berkenalan dengan lebih mesra dengannya.



Sebelum tu meh jana cerita sikit ciri-ciri kelebihan Vitamin E Complex Shaklee yang menjadikan ia antara vitamin e paling ngetop di dunia.
Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang sangat kaya dengan vitamin EEkstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi kemudian digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta) menjadikan ianya vitamin E paling lengkap dipasaran.Turut mengandungi 10mg selenium semulajadi yang akan membantu tubuh kita serap vitamin E dengan lebih cekap. Ia juga memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan ti…

Umur 6 tahun. Persediaan untuk si 5 tahun. Panduan untuk ibubapa.

Image
Pejam celik pejam celik Tahun depan Hazim & Haziq dah masuk 6 tahun. Sekejap je rasanya masa berlalu. Jana bersyukur sangat dapat luangkan masa yang begitu berharga bersama mereka. Sakit demam, suka duka, susah senang semua depan mata je, jana sendiri yang uruskan.

Dulu jana boleh dukung mereka serentak, kiri & kanan. Sekarang jangan kan nak dukung, riba sorang pun rasa kemek dah paha. Walaupun kurus, Alhamdulillah mereka telah membesar bagai juara! Hehehe...Tapi risau jugak bila fikirkan adakah Hazim&Haziq dah capai tahap perkembangan yang sewajarnya? Membaca pun belum pandai apatah lagi nak menulis?




Kali ni jana nak kongsi milestone untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Apa yang anak-anak perlu bersedia untuk menghadapinya dan sebagai panduan kepada ibubapa supaya dapat pastikan perkembangan anak-anak tak ketinggalan jauh dan tak terlalu memaksa anak-anak untuk capai tahap perkembangan tertentu.


Perkembangan bentuk fizikal
Pada usia 6 tahun mereka akan dapat gigi baru; tumbuh g…

Anak ketagih tengok tv, 5 tip ibubapa boleh buat untuk menanganinya

Image
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, terlalu banyak menonton tv boleh mengganggu proses tumbesaran otak mereka yang sedang kritikal ketika itu. Jana akui, Hazim & Haziq pun tengok tv bermula dari kecil. Masa tu jana duk dengan diorang je kat rumah, senang nak tinggal sekejap pergi tandas ke pergi solat ke bila letak depan tv. Tv jadi pengasuh sambilan.

Lama-lama dah jadi tabiat. Makin besar jadi makin ketagih tengok tv. Belum lagi masuk bab tingkahlaku yang kasar, meniru aksi-aksi dalam cerita kartun dan susah nak tumpu perhatian ketika belajar. Sekarang, yang lebih teruk hanya sebab tv boleh bergaduh. Berebut remote, berebut rancangan tv.



Menurut kajian yang dijalankan di Jepun, kanak-kanak yang terlalu banyak menonton tv iaitu melebihi 2 jam sehari boleh menyebabkan perubahan pada struktur otak. Menerusi ujian MRI, lagi banyak kanak-kanak itu menonton tv lagi banyak warna kelabu terbentuk di frontopolar cortex iaitu bahagian depan otak. Bahagian ini berkaitan dengan kebolehan …

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi