Friday 3 July 2015

# Vivix

7 tips memilih minuman kesihatan yang berkualiti untuk menjaga kesihatan dan kecantikan

Macam-macam jenis minuman kesihatan yang ada dipasaran sekarang. Ada macam-macam perisa, ada yang murah harganya dan ada yang mahal namun tujuannya hampir sama iaitu untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Apa yang ditakuti, dari yang nak sihat akhirnya jadi lebih teruk disebabkan tersalah pilih minuman kesihatan yang tidak berkualiti. Kali ni Jana nak kongsi tips memilih minuman kesihatan yang berkualiti untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan agar dapat menjamin kesan yang diperolehi dan selamat diambil untuk jangka masa panjang.



Tips memilih minuman kesihatan yang berkualiti

  • Jangan tertipu dengan testimoni atau janji-janji manis penjual. Periksa dan kenalpasti mengenai kandungan dan bahan yang digunakan.
  • Periksan kandungan dan bahan yang digunakan. Pastikan bahan yang digunakan menepati keperluan anda contohnya tinggi antioksidan, tinggi kalsium, protin atau sebagainya.
  • Periksa kandungan gula dalam setiap hidangan. Tinggi kandungan gula boleh mengundang penyakit kronik yang lebih berbahaya seperti diabetis.
  • Kualiti produk yang dihasilkan boleh diketahui bergantung pada syarikat pengeluar, cara pembungkusan, cara pengedaran dan penyimpanan. Memilih produk dari syarikat yang telah lama diketahui menghasilkan produk yang bagus adalah lebih selamat dan terjamin.
  • Pilih produk yang dihasilkan setelah kajian klinikal selama bertahun-tahun. Boleh periksa melalui agen yang menjual produk tersebut atau dari laman web rasmi syarikat pengeluar.
  • Periksa nombor KKM, status halal dan tarikh luput minuman kesihatan sebelum membelinya.

Tips:
Jika nak tau yang mana banyak bahan pengawet dan yang mana tidak, biasanya produk minuman kesihatan yang tidak mengandungi bahan pengawet mempunyai tarikh luput dalam masa setahun dari ia dikeluarkan dari kilang dan perlu disimpan dalam suhu yang rendah bagi memelihara kualitinya.

Harga tidak menentukan kualiti suatu minuman kesihatan. Pokok pangkalnya pilih minuman kesihatan berdasarkan pada tip-tip yang telah diberikan diatas.

Nak tau minuman kesihatan yang Jana paling suka?
Jana suka Vivix.

Dulu ketika lepas bersalinkan Hazim dan Haziq, Jana memang ada masalah kesihatan. Badan lemah, sakit-sakit, kulit kusam dan pucat, jeragat naik dengan galaknya. Mak bising suh Jana amik suplemen supaya dapat kembali sihat. Nak jaga anak kembar mana boleh lemah-lemah kan? Mesti wajib 2kali ganda lebih kuat dan sihat dari orang lain. Kebetulan ada orang datang jual minuman kesihatan X so mak paksa Jana ambil. Nak tau, dalam seminggu minum air minuman kesihatan X tu babies berak-berak cair. Berak ijo ko!

Selepas tu banyak juga minuman kesihatan yang sempat Jana ambil hinggalah Allah gerakkan hati nak try minuman kesihatan Shaklee iaitu Vivix. Dari situ, Jana memang tau dah bahawa Jana dah jumpa minuman kesihatan yang berkualiti.



Rasa Vivix ni masam-masam kelat. Tapi ada rasa manis sikit dihujungnya..Ahaa ntah macam mana nak cerita details lagi pasal rasanya. Better try sendiri. Yang pasti sangat sedap. Sapa-sapa pun suka.

Vivix Shaklee adalah minuman kesihatan yang terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan selama bertahun-tahun. Ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Vivix dibuat dari bahan-bahan semulajadi iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan knotweed jepun (poligonum cuspidatum)

Vivix ni sangat tinggi antioksidan. Jadi sangat sesuai untuk mereka yang pentingkan kecantikan awet muda. Bukan itu je, antioksidan ni bagus sebagai antikanser juga ye sebab antioksidan ni boleh melawan serangan radikal bebas. Dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan kesan terhadap 4 mekanisme penting dalam penuaan tahan selluar:

  • Membaiki kerosakan DNA akibat seranga radikal bebas
  • Pengawalan genetik utama yang melambatkan penuaan tahap sellular
  • Menggalakkan pembentukan baru mitokondria untuk tingkatkan tenaga dalam sel
  • Melambatkan pembetukan protin AGE
Sebab tu Vivix sangat berkesan membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi dan kesejahteraan.


Baca: Vivix bantu hentikan tabiat merokok dengan mudah

Berminat dan bagaimana nak dapatkan Vivix? Harga sebotol Vivix ialah RM475. Tapi sekarang promosi Vivix 2015 sedang berlangsung. Nak tau lebih lanjut jemput hubungi Jana ditalian berikut.



2 comments:

Follow Instragram Jana_Hazana