Posts

Showing posts from July, 2015

Kali pertama buat biskut raya

Image
Tahun ni tetiba jana rasa rajin nak buat biskut raya. Tambah pula ada dorongan dari anak dara yang darjah 6 tu, terus rasa semangat berkobar-kobar nak buat biarpun ni kali pertama buat biskut raya. Hasil dari mesyuarat anggota kabinet dapur, kami bersetuju nak buat 2 jenis biskut raya. 1 jana pilih resipi yang simple dan mudah je..pastu 1 lagi yang anak dara jana duk berkenan sangat tu: biskut raya tak kisah apa-apa pun asalkan bentuk love warna pink. Adoyyai, very the gigirl kan? Layan....

Jana belum ada keberanian nak try buat biskut raya yang komplikated tahap profesional contohnya macam biskut tat, red velvet cookies, biskut yang canggih manggih bagai tu. Itu nak kena masuk kelas kut. Maklumla, tangan keras bakat pun takde.

Jadi untuk hari pertama ni jana buat biskut Red Pearl. Kenapa red pearl? Sebab goggle resipi nampak cam simple je cara buat dan dengar cam best.



Ni dia!! Gambar sebelum masuk oven. Sori, ni versi derhaka sebab takde coklat cip. Lupa nak beli da pastu malas dah …

7 tips memilih minuman kesihatan yang berkualiti untuk menjaga kesihatan dan kecantikan

Image
Macam-macam jenis minuman kesihatan yang ada dipasaran sekarang. Ada macam-macam perisa, ada yang murah harganya dan ada yang mahal namun tujuannya hampir sama iaitu untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Sebagai pengguna, kita haruslah bijak membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Apa yang ditakuti, dari yang nak sihat akhirnya jadi lebih teruk disebabkan tersalah pilih minuman kesihatan yang tidak berkualiti. Kali ni Jana nak kongsi tips memilih minuman kesihatan yang berkualiti untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan agar dapat menjamin kesan yang diperolehi dan selamat diambil untuk jangka masa panjang.



Tips memilih minuman kesihatan yang berkualiti

Jangan tertipu dengan testimoni atau janji-janji manis penjual. Periksa dan kenalpasti mengenai kandungan dan bahan yang digunakan.Periksan kandungan dan bahan yang digunakan. Pastikan bahan yang digunakan menepati keperluan anda contohnya tinggi antioksidan, tinggi kalsium, protin atau sebagainya.Periksa kandungan gula dalam set…

10 sebab mengapa tubuh kita perlu detoks

Image
Detoks atau dengan kata lain ialah menyingkirkan toksin bagi membantu kita membersihkan dalaman tubuh. Toksin adalah bahan toksik yang terkumpul yang tidak diperlukan oleh tubuh dan mesti dibuang. Jika dibiarkan tersimpan dalam tubuh lama-kelamaan ia akan menjadi racun dan boleh membawa kemudaratan. Sebab itu lah mengapa tubuh kita sangat perlu untuk detoks. Proses detoks yang baik akan membolehkan segala sisa-sisa lambakan toksin dibuang keluar dari tubuh dengan lancar. Salah satu contoh proses detoks yang baik ialah pembuangan air besar yang lawas.
Atas faktor kurang kesedaran dan pemahaman, ramai yang tak ambil kisah dengan detoks kerana bagi mereka ia tidak penting. Atau ada yang fikir, detoks hanya bagi mereka yang hendak kurus je. Tapi adakah kawan-kawan tahu, toksin adalah antara punca utama kepada kebanyakan masalah kesihatan dan masalah kulit? Detoks dapat membantu kita mengatasinya dengan berkesan.



Jika anda ada dalam senarai diatas, itu tanda tubuh anda banyak toksin. Lebih…

10 kebaikan vitamin bcomplex yang tak patut diabaikan oleh semua orang

Image
Ramai yang beranggapan vitamin b hanya diperlukan ketika hamil. Ada juga oleh kerana salah anggap terhadap vitamin b ramai yang elakkannya kerana disangkakan boleh menyebabkan berat badan naik! Sapa punya ajaran sesat da.... Ini disebabkan kurang kesedaran akan kepentingan vitamin b. Lebih memburukkan keadaan, rasa vitamin b yang pahit juga menyebabkan vitamin b sentiasa dipinggirkan.

Vitamin bcomplex adalah gabungan 8 komponen vitamin b iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folic dan biotin yang sangat penting untuk semua peringkat umur tanpa mengira jantina. Ini kerana vitamin bcomplex memainkan peranan penting dalam membolehkan tubuh kita berfungsi dengan baik. Oleh itu vitamin b bukan hanya untuk ibu hamil, vitamin b perlu diambil oleh semua orang yang inginkan kualiti kesihatan yang lebih baik.




10 kebaikan vitamin bcomplex yang tak patut kita abaikan untuk kesihatan menyeluruh dan juga kecantikan.

Tukar makanan kepada tenaga. Vitamin bcomplex membantu melancarkan proses penghadaman, m…

6 tip atasi perasaan malas agar boleh maju dan berjaya

Image
Kadang-kadang rasa malas nak buat apa-apa kerja. Malas nak mengemas rumah, malas nak memasak, malas juga buat entri..serba-serbi malas. Rasa cam nak tengok tv sambil golek-golek je. Sedar-sedar masa berlalu begitu begitu sahaja apa pun tak siap. Rumah berselerak, anak-anak kelaparan malah duit pun segan nak masuk. Hati pun tak tenang. Membazir masa dan merugikan bukan?

Malas adalah antara penyakit kronik yang sangat berbahaya. Perasaan malas boleh melanda sesiapa sahaja tanpa mengenal jantina tanpa mengira waktu. Orang yang suka layan perasaan malas terlepas banyak peluang dan membazir waktu. Orang malas juga sukar untuk maju, semakin mundur, sentiasa dalam keadaan kekurangan malah boleh menyebabkan masalah ekonomi dimasa hadapan melainkan dia berubah dengan segera. So, sapa-sapa yang ada masalah malas ni, sila ubah sekarang.

Jom semak 6 tip atasi perasaan malas agar kita boleh maju dan berjaya

Wajib utamakan solat & jaga hubungan dengan Allah s.w.t


Setiap hari tubuh kita terdedah…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi