Posts

Showing posts from June, 2015

10 kebaikan tabiat bangun awal pagi sebelum matahari terbit

Image
Saya percaya, waktu sahur mesti ramai yang bangun sekadar minum air, pastu terus sambung tidur semula. Rugi waktu tidur katanya. Mata pun buka separuh je, jalan terhuyung hayang. Ada yang lebih tak bagus, terus tak bangun sahur. Berjaga sampai tengah malam pastu gi makan kat kedai mamak kononnya nak ganti sahur so tak perlu bangun dah. Alasan, takut mengantuk kat tempat kerja atau dalam kelas.

Tahu ke tak tahu bahawasanya bangun seawal 4.30 pagi mempunyai banyak kelebihan dan kebaikannya yang tersendiri. Bukan agama Islam je yang menyuruh penganutnya bangun awal pagi malah mereka yang beragama lain pun sama. Jom semak 10 kebaikan bangun awal pagi sebelum matahari terbit;




1. Kajian oleh University Texas pada tahun 2008 telah menunjukkan, pelajar yang bangun awal pagi memperolehi gred CGPA yang lebih tinggi berbanding pelajar yang suka berjaga malam dan bangun lewat pagi.

2. Cristoph Randler, seorang pakar Biologi dari Harvard telah menemui bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awa…

Promosi Vivix 2015 lebih menjimatkan beri keuntungan berganda

Image
Orang yang bijak buat pilihan, bijak rebut peluang, sudah pasti akan borong Vivix sekarang. Mengapa? Sebab sekarang ni promosi Vivix bagi tahun 2015 sedang berlangsung dengan meriahnya. Kita bukan je dapat berjimat dengan setiap pembelian Vivix malah dapat keuntungan berganda-ganda. Apa yang untung tu? Untung dari segi kesihatan, awet muda (orang yang amal Vivix secara konsisten biasanya kelihatan 20 tahun lebih muda) dan semestinya turut jimat dari segi kewangan. Dah nama pun promosi Vivix kan



Kelebihan dan kebaikan Vivix Shaklee
Membantu mencegah kanser - menghalang sel-sel kanser dari merebak
Mengurangkan risiko penyakit jantung - melindungi jantung
Mengurangkan kompilasi penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang
Menyokong kesihatan sendi dan membantu memperbaiki arthritis
Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk
Membantu mengurangkan kesan serangan strok - angin ahmar
Membantu merawat penyakit Parkinson
Menggalakkan kesihatan keseluruhan yang unggul -  penuaan yang …

9 petua melambatkan penuaan dan kekal awet muda

Image
Dalam aktiviti seharian kita ada beberapa tabiat yang boleh bantu kita untuk kekal awet muda dan melambatkan proses penuaan. Eh, bukan ke tua itu pasti, mana boleh hentikan masa yang berlalu supaya kita sentiasa kekal awet muda? Ye, betul. Menjadi tua itu pasti tetapi penuaan dan menjadi tua adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Penuaan merupakan proses perubahan keatas fizikal seseorang individu yang boleh berlaku bergantung genetik, tabiat pemakanan dan gaya hidup manakala menjadi tua adalah lumrah alam yang sememangnya akan terjadi pada setiap manusia. Proses penuaan boleh diperbaiki manakala menjadi tua tidak boleh.

Penuaan akan menyebabkan seseorang yang baru berusia hujung 30-an kelihatan seperti berumur 50-an. Kulit kusam, liang pori besar, kedut-kedut halus, lemah daya ingatan dan sakit-sakit sendi adalah contoh tanda-tanda penuaan. Pada usia yang sudah tua, tampil kekal awet muda adalah bonus. Tapi ia bukan perkara mudah dan boleh berlaku dalam sehari-dua. Untuk kekal awet mu…

7 makanan untuk atasi masalah rambut gugur dan dapatkan rambut kuat, sihat dan lebat

Image
Sungguh menyakitkan pandangan mata bila tengok rambut gugur bersepah atas lantai kan? Melekat di sikat, atas bantal malah ada jugak yang termasuk dalam masakan tanpa sengaja. Lebih menakutkan bila rambut yang kat atas kepala pun semakin nipis dan jarang. Masalah rambut gugur bukan masalah kaum wanita saja, kaum lelaki pun boleh mengalami masalah serupa. Rahsia untuk dapatkan rambut yang kuat, sihat dan mengatasi masalah rambut gugur bukanlah bergantung pada penggunaan shampoo atau produk rambut yang berjenama terkenal dan mahal semata-mata tapi rahsia untuk atasi masalah rambut gugur adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai. Diet yang betul bukan sahaja bagus untuk kesihatan rambut malah untuk kesihatan keseluruhan juga. Jom semak 7 jenis makanan yang boleh bantu kita atasi masalah rambut gugur seterusnya jadikan rambut lebih kuat, sihat dan lebat.




7 makanan untuk atasi masalah rambut gugur dan dapatkan rambut kuat, sihat dan lebat

1. Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3

Resipi solok lada mudah

Image
Solok lada adalah salah satu menu feveret saya tak kisah la buat makan dengan nasi kerabu ke, nasi dagang ke, nasi putih singgang daging ke..puasa ke raya ke..haha ada ke hari raya orang hidang solok lada. Saya belum pernah jumpa lagi tu.. Rahsia kesedapan solok lada tu ialah filling (inti) mesti guna kelapa parut yang belum diperah. Kelapa yang diperah santannya jangan sesekali buat filling solok lada...nanti hilang feel you..hilang lemak manis nya tu. Lagi satu rahsia kesedapan solok lada adalah penggunaan jenis cili. Bukan semua cili sesuai digunakan untuk buat solok lada okeh..

Cili yang paling sesuai untuk buat solok lada adalah cili besar yang berwarna hijau muda. Kat Kelantan memang bersepah cili tu. Selalunya saya beli ngan adik jual atas van tu. RM2 dapat dah dalam 15 biji. Murah ke murah? Hahaha...murah kan?? Sapa yang belum pernah tengok cili besar hijau muda tu.. ni la rupa parasnya yang menggoda tu


Saya tak pasti jika cili ni ada namanya yang tersendiri. Tapi makcik-makci…

Bantuan asas kecemasan di rumah yang wajib diketahui ibu dan bapa

Image
Pengetahuan asas tentang keselamatan dan bantuan kecemasan di rumah adalah sangat penting dan wajib diketahui oleh ibu bapa dan seluruh anggota keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah supaya apabila berlaku suatu kemalangan yang melibatkan kecederaan fizikal, rawatan awal dan langkah penjagaan yang betul dapat diberikan kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital. Kemalangan boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan dimana-mana sahaja. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan tentang bantuan asas kecemasan setiap keluarga boleh bersedia dan tidak panik apabila sesuatu berlaku dan boleh bertindak sewajarnya bagi mengurangkan tahap bahaya,  kecederaan dan kesakitan yang dialami.



Definisi kecemasan disini adalah situasi yang melibatkan kecederaan serius yang memerlukan rawatan dengan kadar segera. Bantuan asas kecemasan ini bukanlah rawatan perubatan sebenar tetapi hanyalah pertolongan sementara bantuan dan rawatan perubatan sebenar diperolehi dari mereka yang bertauliah.

Tulang patah dan r…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi