Posts

Showing posts from February, 2015

Tip-tip tangani cuaca panas elak strok haba

Image
Panas betul cuaca sekarang, keluar jemur kain sekejap pun boleh rasa pedih kulit padahal baru pukul 10 pagi... Belum lagi keluar betul-betul waktu tengahari tu, mashaa Allah....Dalam cuaca panas macam sekarang ni, sila ambil perhatian ye sebab bahaya suhu yang terlampau tinggi ialah boleh mengakibatkan strok haba atau 'heatstroke'.




Strok haba berlaku bila suhu badan melebihi 40.5°C disebabkan pendedahan terhadap panas terik yang terlalu lama disertakan kurang pengambilan air dan dehidrasi. Serangan strok haba ni boleh menganggu sistem saraf otak dan seterusnya boleh membawa maut... Nauzubillah..

Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat 5 kali lebih cepat berbanding orang dewasa, jadi pantau lah aktiviti anak-anak kita semasa cuaca panas dan ambil langkah berjaga-jaga. Jangan biarkan mereka bermain di luar rumah diantara jam 10 pagi hingga ke 4.30 petang dan jangan sekali-kali meninggalkan mereka di dalam kereta !!




Tapi jangan terlalu risau sebab serangan strok haba ni dapat dielak.…

Shaklee dapat anugerah

Image
Tenangnya rasa bila si kembar dah pergi sekolah. Awal pagi je kecoh yang amat melayan karenah mereka. Sorang nak mandi bilik air sini, sorang nak mandi bilik situ, sorang nak makan sorang lagi nak susu, sorang nak bawa bekal roti sandwich bentuk bintang sorang lagi nak berak..aduh. Macam-macam. Bila dah pulang dari hantar diorang ke sekolah, keadaan dah tenang ni boleh la ummi nya nak update blog. Banyak benda nak cerita kat sini ni..

Tahu tak, baru-baru ni Shaklee dapat anugerah The Brandlaureate Awards. Nak sebut camana ntah,...Gembiranya dalam hati bila saya tahu, produk pilihan saya mendapat pengiktirafan yang sangat hebat. Bukan calang-calang syarikat yang layak dapat award ni tau tambah-tambah syarikat MLM.. Cuba perhatikan, Shaklee tak pernah keluar tv untuk iklankan produk-produknya, tak pernah lantik mana-mana artis yang memang dah sedia ada cantik menawan untuk jadi jurucakapnya tapi masih menjadi Jenama Terbaik..




Ada lagi sebab kenapa hati saya rasa senang dan tenang, Shakl…

Hilangkan kulit kering, gatal, tebal dan hitam yang hodoh pada kaki

Image
Akibat lama sangat terdedah pada banjir dan debu kulit jadi kering dan timbul rasa gatal-gatal terutamanya pada kaki. Makin garu makin digaru makin sedap oii... lagi sedap garu dengan pembaris, fuhh syok habis. Tapi yang tak syoknya tengok-tengok bahagian tu jadi dah makin kering,  lebih tebal, keras dan hitam. Serius, sangat hodoh sikit lagi nak jadi macam kaki raksaksa. Gatal je ok lagi, hodoh pula tu..Takkan nak biar je kut..



Untungnya jadi ahli Shaklee sebab saya tau apa yang perlu dibuat untuk hilangkan kulit gatal, kering, tebal dan hitam tu. Maklum la, selalu duk kongsi info dan testimoni dengan ahli group..pastu customer sendiri pun bagi feed back positif. Memang tak sangsi lagi dah, ESP dan GLA COMPLEX lah jawapannya.
Setakat hari ni dah 8 hari saya makan ESP dan GLA Complex. ESP tak konsisten sangat sebab selalu terlupa. Tapi GLA saya ambil setiap hari. Tak gatal lagi dah. Hari ni tengok-tengok hilang terus masalah kulit kering, tebal dan hitam tu..kulit kaki pun sekarang leb…

Banjir Besar 2014: ini kisah kami

Image
Sedar tak sedar dah lebih sebulan saya tak berkongsi cerita kat blog. Sibuk punya pasal la ni. Apa tak sibuknya, mula-mula anak patah tangan, lepas 4 hari kemudian kampung dan rumah kami pula dilanda banjir besar! Besar tak besar banjir tu rumah mak saya yang tak pernah naik air tu tinggal bumbung je lagi yang tak tenggelam. Suatu pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila..


Ni pusat pemindahan banjir tempat kami sekeluarga menyelamatkan nyawa selama seminggu. Ni gambar beberapa jam sebelum air naik sehingga semua fasiliti setingkat tu hanya boleh nampak bumbung je. Malangnya keadaan tu saya takde gambarnya sebab fon habis bateri..nak charge takde letrik. Bekalan air bersih pun takde tau..terpaksala kami mandi dan berwudhuk dengan air banjir yang kuning tu...

Selepas 5 hari baru air surut dan kami boleh balik tengok keadaan rumah.



Masa ni proses pembersihan dan peringkat ke 4. Sebab tu boleh nampak ruang. Kalau tak, nak berjalan pun tak boleh sebab takde tempat nak berpijak. Ba…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi