Posts

Showing posts from 2015

Hilangkan bengkak susu. 7 petua orang-orang lama dan moden

Image
Mak-mak yang menyusu baby mesti pernah alami bengkak susu kan?. Jana sendiri masa menyusukan si kembar Hazim Haziq selalu sangat kena bengkak susu. Paling teruk sampai adakalanya demam dan sakit-sakit badan. Masa tengah bengkak tu susu akan drop, payudara akan sangat keras dan sentuh pun sudah menyakitkan.

Tapi jangan risau, jana dah cedok banyak petua-petua dari orang-orang yang lebih berpengalaman termasuk mak jana sendiri bagaimana nak hilangkan bengkak susu. Meh nak kongsi petua.


Bengkak susu terjadi apabila saluran yang membawa susu ke bukaan puting payudara tidak dapat mengalirkan susu dengan lancar. Antara sebab yang boleh menyekat aliran susu yang lancar lalu mengakibatkan gejala bengkak susu ialah:
Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya. Ini biasanya terjadi bila teknik lekapan mulut bayi ketika menyusu tidak betul.Tidak mengosongkan payudara dengan kerap seperti bayi tidur terlalu lama. Pengeluaran melebihi permintaan.Tidak pam setiap 2 jam hingga menyebabkan susu penuh.Bra at…

Resipi ayam goreng kunyit dengan kacang panjang

Image
Uolls masak apa hari ni? Jana macam biasa masak yang simpel sempoi je. Yang penting dapat pukau perut suami cukup lah. Pukau okeh.. haha. Kita tak main yang syirik-syirik ni, tak dapat masuk syurga nanti kang.. jangan kan nak masuk, nak ciom bau pun tak dapat tau! Nauzubillah...

Nak pukau, nak ikat suami guna layanan dan skil masakan kita je ye... Masakan bekas air tangan isteri ni unik tau. Kalu dia pergi mana-mana pun, mesti akan teringat-ingat kat masakan kita. Bila ingat kat masakan kita tentulah dia akan ingat kita juga.. betul tak?

Ni jana nak kongsi resepi ayam goreng kunyit dengan kacang panjang. Simple, sempoi tapi sangat menyelerakan.



Masak ni senang je. Mula-mula kita sediakan bahan-bahan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1/4 ekor ayam. Nak letak banyak pun boleh. Kalu nak guna daging pun bolehKacang panjang. Suka hati lah nak banyak mana.2 biji bawang besar. Kalu tak suka letak 1 pun boleh.3-5 ulas bawang putih.Cilipadi. Suka hati nak letak banyak mana2 sudu besar sos tir…

Cuti bersalin: 5 persedian WAJIB sebelum kembali bekerja

Image
Persediaan untuk kembali bekerja selepas habis tempoh cuti bersalin amat penting terutamanya bagi ibu dan bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata supaya segalanya dapat berjalan dengan lancar. Tidak dapat dinafikan, kehadiran orang baru dalam rumah tangga sedikit sebanyak akan mengubah rutin harian tambah lagi jika ibu merupakan seorang yang berkerjaya. Persediaan yang wajib dilakukan sebelum kembali berkerja akan dapat membantu ibu & bapa dalam merancang kewangan & ekonomi keluarga.




5 persediaan WAJIB sebelum kembali bekerja
Tempat jagaan bayi
Tentukan dimana atau siapa yang boleh dipercayai untuk menjaga bayi kita sepanjang kita keluar bekerja. Jika di rumah pengasuh, pastikan; kita kenal pengasuh dan keluarganya dengan baik, struktur keluarga yang baik, pentingkan kebersihan, tiada penyakit bahaya seperti sawan & hiv dan bilangan bayi jagaannya tidak lebih 3 orang termasuk bayi kita. Jika pusat penjagaan bayi, sila pastikan: ada sijil dan diiktiraf jkm, mempunyai …

Ketahui 11 fakta risiko meroyan dikalangan ibu-ibu selepas bersalin

Image
Sehingga kini sebab atau punca meroyan masih tidak dapat dikenalpasti secara saintifik. Dulu pendapat umum mengatakan 1 daripada 10 ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami meroyan, namun kini ada pendapat yang mengatakan 1 daripada 7 ibu yang baru melahirkan anak berisiko tinggi untuk mengalami meroyan. Adakah peredaran yang makin canggih dan moden yang menyebabkan gejala meroyan semakin meningkat?

Baru ni kecoh dimedia pasal isu meroyan yang telah meragut nyawa seorang ibu yang baru 10 hari bersalin. Ketika ini, jika ada yang buka mindanya akan sedar bahawa meroyan bukan sekadar masalah kecil yang boleh dilupakan atau disembunyikan sendirian, tetapi ia boleh melibatkan nyawa! Pada jana, jangan duk seronok sangat judge orang lain. Meroyan adalah sesuatu yang diluar jangkaan.



Apa itu meroyan

Kebanyakan ibu baru bersalin akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan emosi. Perasaan bercampur baur seperti rasa gembira, ada rasa takut, ada rasa trauma, ada rasa penat dan macam-macam …

7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang anda takmau terlepas

Image
7 dari 10 perbualan dengan bakal customer mesti akan ada soalan, "ada kesan sampingan?". Ish mestila ada kesan sampingan. Semua benda yang kita buat pun akan ada kesan sampingannya. Kalu takde kesan apa pekdahnya nak buat tu ye tak? Meh sini jana nak kongsi 7 kesan sampingan vitamin e shaklee yang akan membuatkan awak rasa berdebar-debar dan tak sabar nak berkenalan dengan lebih mesra dengannya.



Sebelum tu meh jana cerita sikit ciri-ciri kelebihan Vitamin E Complex Shaklee yang menjadikan ia antara vitamin e paling ngetop di dunia.
Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang sangat kaya dengan vitamin EEkstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi kemudian digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta) menjadikan ianya vitamin E paling lengkap dipasaran.Turut mengandungi 10mg selenium semulajadi yang akan membantu tubuh kita serap vitamin E dengan lebih cekap. Ia juga memelihara membran sel, sel-sel darah merah dan ti…

Umur 6 tahun. Persediaan untuk si 5 tahun. Panduan untuk ibubapa.

Image
Pejam celik pejam celik Tahun depan Hazim & Haziq dah masuk 6 tahun. Sekejap je rasanya masa berlalu. Jana bersyukur sangat dapat luangkan masa yang begitu berharga bersama mereka. Sakit demam, suka duka, susah senang semua depan mata je, jana sendiri yang uruskan.

Dulu jana boleh dukung mereka serentak, kiri & kanan. Sekarang jangan kan nak dukung, riba sorang pun rasa kemek dah paha. Walaupun kurus, Alhamdulillah mereka telah membesar bagai juara! Hehehe...Tapi risau jugak bila fikirkan adakah Hazim&Haziq dah capai tahap perkembangan yang sewajarnya? Membaca pun belum pandai apatah lagi nak menulis?




Kali ni jana nak kongsi milestone untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Apa yang anak-anak perlu bersedia untuk menghadapinya dan sebagai panduan kepada ibubapa supaya dapat pastikan perkembangan anak-anak tak ketinggalan jauh dan tak terlalu memaksa anak-anak untuk capai tahap perkembangan tertentu.


Perkembangan bentuk fizikal
Pada usia 6 tahun mereka akan dapat gigi baru; tumbuh g…

Anak ketagih tengok tv, 5 tip ibubapa boleh buat untuk menanganinya

Image
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, terlalu banyak menonton tv boleh mengganggu proses tumbesaran otak mereka yang sedang kritikal ketika itu. Jana akui, Hazim & Haziq pun tengok tv bermula dari kecil. Masa tu jana duk dengan diorang je kat rumah, senang nak tinggal sekejap pergi tandas ke pergi solat ke bila letak depan tv. Tv jadi pengasuh sambilan.

Lama-lama dah jadi tabiat. Makin besar jadi makin ketagih tengok tv. Belum lagi masuk bab tingkahlaku yang kasar, meniru aksi-aksi dalam cerita kartun dan susah nak tumpu perhatian ketika belajar. Sekarang, yang lebih teruk hanya sebab tv boleh bergaduh. Berebut remote, berebut rancangan tv.



Menurut kajian yang dijalankan di Jepun, kanak-kanak yang terlalu banyak menonton tv iaitu melebihi 2 jam sehari boleh menyebabkan perubahan pada struktur otak. Menerusi ujian MRI, lagi banyak kanak-kanak itu menonton tv lagi banyak warna kelabu terbentuk di frontopolar cortex iaitu bahagian depan otak. Bahagian ini berkaitan dengan kebolehan …

Kisah Aidiladha 2015

Alhamdulillah..raya datang lagi. Walaupun dikenali sebagai raya korban tapi kami kat Kelantan ni panggil raya haji. Walaupun raya haji tapi kemeriahannya tetap sama macam raya puasa. Kisah kami sekeluarga di Aidiladha biasa-biasa je tapi tetap menjadi tanda ingatan buat seluruh ahli keluarga jana.

Lambat sikit jana nak kongsi cerita. Maklum la, banyak betul urusan yang perlu diselesaikan walaupun tengah cuti. Tambah pulak jalan jem yang amat, urusan yang singkat pun boleh jadi lama. Ada urusan cod yang jana terpaksa tolak sebab tak mampu nak redah jalan jem. Harap customer maafkan jana...

Menu kami di hari raya ialah Nasi Minyak Ayam Tomato, ketupat dakap, tapai, kek dan biskut raya. Macam biasa, tapai pulut jadi sebutan & igauan tetamu yang datang. Manis letting katanya!! Tapai pulut 5kg tu sekejap je dah habis..
Yang speselnya sikit raya kali ni ialah mak ajar jana cara buat ketupat dakap. Nampak cam mudah tapi susah jugak terutamanya bab membungkus. 
Jana salute golongan nenek-…

Set bersalin Shaklee bantu banyakkan susu ibu hingga boleh buat stok ebm

Image
Pening nak pilih set bersalin mana yang paling bagus? Apa susah-susah, set bersalin shaklee kan ada. Apa yang bestnya tentang set bersalin shaklee ni ialah, ia merupakan set bersalin yang boleh banyakkan susu ibu buat baby cepat kenyang. Bukan tu je, set bersalin ni juga boleh banyakkan susu ibu hingga boleh disimpan sebagai stok ebm.

Bila baby kenyang, baby mudah tidur, tak menangis dan tak perlu menyusu lama-lama. Menyusu kerap tapi sekejap-kejap. Ibu pun boleh berehat betul-betulkan badan lama sikit.

Bila dah kembali kerja, ibu pun tak perlu susah hati, pening fikir nak topup susu formula ke tidak. Sememangnya tak perlu.



Tip-tip menyusu bayi dari ketika berpantang hingga berusia 2 tahun dan buat stok ebm:

Mula dengan persediaan awal iaitu sejak dari hamil dari segi pemakanan dan niat serta azam. Beritahu suami tentang niat untuk menyusukan bayi hingga berusia 2 tahun dan minta sokongan darinya..Tambah ilmu pengetahuan tentang dunia penyusuan ibu seperti banyakkan membaca, menyertai p…

Percutian PERCUMA ke Orlando, Florida 2016

Image
Waahh..peluang melancong percuma lagi!
Biasa la Shaklee ni suka benar bagi reward kat ahli-ahlinya. Bukan setakat bagi bonus tetiap bulan, bagi vitamin free, bagi diskaun itu ini, taja pergi umrah, bagi percutian percuma melancong ke luar negara lagi tu !

Sempena Shaklee Global Conference tahun 2016 pada bulan ogos nanti kita akan berpeluang melancong percuma ke Orlando, Florida di Amerika Syarikat nun ! Yeabeda beduuu... Serius jana happy sesangat. Sapa tak excited meh habaq kat jana dah la free, trip 6 bintang pulak tu. Kira tahap percutian mewah dah ni. Sapa nak bagi weh...


Orlando ialah sebuah bandar di Florida merupakan pusat hiburan untuk keluarga seperti; Walt Disney World, Universal Studios, Legoland dan banyak lagi. Pengalaman yang percutian percuma yang bakal menyeronokkan! Kalu boleh bawak anak-anak mesti diorang happy sakan ni.

Sambil melancong secara percuma kita juga berpeluang jumpa ahli shaklee dari seluruh dunia termasuk CEO Shaklee iaitu Mr. Roger Barnett. Maklum la,…

Percutian PERCUMA menunaikan Umrah 2015

Image
Salah satu impian jana adalah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah menunaikan umrah dan haji. Jana percaya, semua orang pun ada impian yang sama kan?

Nak tau, tiap-tiap tahun Shaklee ada menaja percutian Umrah kepada ahli yang layak. Of cos la percuma kan. Dah nama pun 'menaja'..Apa yang menariknya, jika ada halangan untuk pergi atau saja2 kita boleh hadiahkan pula tajaan menunaikan umrah tu kepada ibu bapa kita. Bila lagi nak sponsor mak ayah kita pergi umrah kan? Mesti diorang happy sangat

Tahun ni Umrah ziarah ke Abu Dhabi. Menunaikan umrah sambil melancong ke Abu Dhabi. Tentatif pun dah keluar, jom tengok 






Shaklee memang sediakan pakej umrah ziarah ni khas untuk ahli yang beragama islam selain dari trip percuma ke negara-negara eropah lain. So tiap-tiap tahun kita boleh pilih sama ada nak pergi umrah atau nak pergi eropah.

Apa yang lebih menarik, travel percuma ni merupakan percutian 6 bintang tau. Bukan biasa-biasa ala kadar asal cukup syarat tetapi serba mewah dan selesa…

7 petua atasi masalah sukar tidur malam

Image
2-3 minggu kebelakangan ni jana alami masalah sukar tidur malam. Walaupun badan letih, mata dah mengantuk tapi tetap sukar tidur malam. Susah nak lena dan tidur dengan nyenyak.. badan pun rasa lenguh-lenguh tak selesa. Tengah tengah tidur pun asyik terjaga.

Akibatnya, susah betul nak bangun jam 5 pagi sedangkan waktu itu lah waktu paling mustajab untuk beribadah. Rugi sangat. Waktu bangun pagi pun badan rasa berat. Memang jana tak boleh biarkan masalah sukar tidur malam ni berlarutan, harus kena kaji dan cari jalan penyelesaian.



Mengapa sukar tidur waktu malam. Ada banyak faktor antaranya ialah:
Terlalu banyak tidur pada waktu siang. Hadkan tidur pada waktu siang hanya kurang 1 jam supaya cukup untuk merehatkan minda dan badan sahaja. Minum minuman berkafein sebelum tidur. Oleh itu elakkan minum minuman berkafein disekitar waktu tidur. Nikotin dan alkohol juga boleh menjadi faktor sukar tidur malam.Pengambilan makanan atau minuman bergula secara berlebihan sewaktu makan malam. Gangguan…

Vitamin untuk kulit - ESP Shaklee

Image
Ramai pula yang wassap jana tanya pasal vitamin untuk kulit. Ada yang untuk hilangkan parut, ada yang untuk cerahkan kulit, ada yang untuk kulit kusam dan ada jugak yang tanya vitamin kulit untuk lelaki. Ni jana salute sebab jarang lelaki yang peduli tentang kesihatan kulit mereka. Biasanya diorang bersungguh dalam bab tenaga mendayung, tambah power je. Yang nak vitamin untuk kulit ni umpama 1 dalam 10 la kut. Insaf lah wahai kaum lelaki, anda juga sebenarnya perlukan vitamin untuk kulit.



Vitamin untuk kulit berfungsi membekalkan keperluan zat, vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh organ-organ tubuh kita termasuklah kulit. Bila cukup zat, vitamin dan mineral baru lah kulit kita akan jadi sihat dan lebih cantik. Bila kulit dan sihat dan cantik, tak payah make-up tebal-tebal pun takpe..natural beauty gitu!

Antara tanda-tanda kulit tidak sihat:

Kulit kelihatan kusam, tona tidak sekataBerminyak atau kering berlebihanParut sukar hilangKulit lembik dan tidak anjalBerjerawatBerjerag…

Cara berkesan untuk hilangkan eye bag tanpa perlu pembedahan kosmetik

Image
Jana sendiri pun ada masalah eye bag ni jadi sering tercari-cari macamana nak hilangkan eye bag dan lingkaran gelap bawah mata dengan cepat. Boleh kurangkan pun dah kira ok. Kalu hilang terus masalah eye bag ni lagi bagus ! Bukan apa, masalah eye bag ni boleh buatkan wajah kelihatan lesu dan lebih berusia. Jadi bagi yang ada event seperti majlis kahwin, atau temuduga penting pasti nak tampil sebaliknya kan?

OK, jom tengok cara berkesan untuk hilangkan eye bag tanpa perlu pembedahan kosmetik yang boleh menelan belanja yang besar.



Percaya lah, satu-satunya cara untuk menghilangkan eye bag atau mata sembap buat selama-lamanya ialah dengan cara pembedahan kosmetik. Ini kerana eye bag muncul akibat dari lemak yang terkumpul di bawah kulit di sekitar soket mata. Melalui pembedahan kosmetik, lemak-lemak tersebut akan dibuang dan tiada lagi bonjolan kecil yang muncul. Ada juga yang muncul akibat alergi atau terlebih garam.

Bila usia makin meningkat, struktur kulit yang makin longgar dan lemah…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi