Friday 18 July 2014

# MH17 Boeing 777

MH17 TERHEMPAS; UJIAN BUAT RAKYAT MALAYSIA

4.20am. Agak terlewat saya dapat berita ni..terkejut, tergamam, speechless..
Luka hati dan perasaan tentang peristiwa di Gaza pun belum sembuh..ditambah pula berita pesawat penumpang MAS MH17 terhempas...
Dalam hati masih berharap ini semua khabar angin..Tapi bukan, ini bukan khabar angin..ini adalah realiti..

Terbayang perasaan ahli keluarga penumpang dan crew kapal bila mereka mendengar khabar ini.
Terbayang semalam betapa mereka bersiap untuk hari ini dengan perasaan gembira, teruja dan tak sabar untuk bertemu insan tersayang tapi lain pula yang terjadi..
Pilu...

jika ia hilang inilah rupa dia

Orang yang post gambar sebelum berlepas ni kat fb dia mungkin dah tergerak hati tentang tragedi ni.. status, "kalau dia hilang, inilah rupanya" (translated_)....

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dijadualkan tiba pada jam 6.10am telah terhempas di sebuah perkampungan di Grabovo, Ukraine. Apa yang mengejutkan saya ialah cara ia terhempas. MH17 telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari darat yang dikatakan sasaran sebenarnya adalah penerbangan lain yang dinaiki oleh Presidan Rusia. Laluan yang digunakan dikatakan laluan bebas zon perang namun dalam masa seminggu sudah 3 pesawat telah ditembak jatuh. Apakah yang sebenarnya terjadi?

Hingga setakat ini masih tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan siasatan masih dijalankan. Saya pasti, hari ini memang semua orang akan ternanti-nanti berita terkini tentang tragedi MH17..

Allah Maha Besar..
Allah Maha Mengetahui..
Dari Dia kita datang, kepada Dia jua lah kita kembali...
Al-fatihah buat penumpang dan crew kapal yang beragama Islam


No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana