Tuesday 10 December 2013

# Al-kisah

DISEBALIK NAMA JANAHAZANA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 2
*********************************************************************************

Apa makna disebalik nama blog JANAHAZANA.....

Masa mula-mula setup blog ini dulu takde pulak fikir makna disebalik..cuma saya nak blog ni berfungsi sebagai salah satu medium untuk saya berkongsi apa saja yang boleh dan sesuai demi untuk kebaikan. Berfungsi sebagai mata dan suara saya. Sebab itu saya letak nama yang simple lagi mudah iaitu; nama saya sendiri...

Ada maksud ke?? Takde kut..tapi bagi saya nama ini telah memberi banyak pengalaman pahit dan manis dalam hidup dan nama ini memang dah jadi nama manja saya dikalangan kawan-kawan.

Saya fikir, seandainya suatu hari nanti saya berjaya tulis sebuah buku, saya pasti akan guna nama ini juga sebagai nama pena...Suatu hari nanti ye~~~~

Pastu nak tambah kenalan dari serata pelusuk negara. Takkan nak letak nama orang lain kan..Bila letak nama sendiri, rasa macam lebih mudah untuk kita mendekati orang asing. Bagi nampak jujur dan ikhlas gitu.

Sampai disini dahulu coretan hari ke-2 cabaran blog 30 hari ni sebab banyak lagi nak cerita dalam hari-hari yang seterusnya. Nanti ulang tayang cerita sama, tak best la pulak. Jika anda berminat nak tau pasal menjana pendapatan dari rumah, hubungilah saya. Boleh kita cerita-cerita......

No comments:

Post a Comment

Follow Instragram Jana_Hazana