Posts

Showing posts from December, 2013

KELEBIHAN DAFTAR AHLI SHAKLEE

Image
Ramai sangat yang bertanya,

'apa kelebihan jadi ahli Shaklee walhal saya cuma nak pakai untuk diri sendiri?'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau anda nak tau kelebihan jadi ahli ialah;

1. Dapat beli dengan harga ahli.
2. Setiap pembelian dapat kumpul points. (Peluang dapat Bonus prestasi)
3. Tak perlu maintain points untuk kekalkan keahlian. Beli barang 6bulan sekali pun takpe..Keahlian adalah untuk seumur hidup..
4. Dapat menikmati harga promosi (setiap bulan akan ada promosi untuk 1 produk - yang ni memang untung)
5. Dapat join kelas nutrisi anjuran Shaklee..

Itu baru untuk pakai sendiri..
Kalau jadi pengedar? Jual kat kawan-kawan sendiri atau kawan-kawan mak kita? Lagi dapat

6.Kumpul points banyak-banyak (Lagi banyak points, lagi banyak bonus)
7.Berpeluang dapat bonus kepimpinan
8.Berpeluang dapat insentif tunai, kereta dan konvensyen..Yang konvensyen tu, kalau trip ke luar negara, layanan/hotel/makanan taraf 6 bintang tau..
9. Ada support group yang akan bimbing a…

RINDU SERINDU-RINDUNYA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 15 *********************************************************************************

Kronik je tajuk tu..

Sebenarnya nak cerita pasal kampung halaman je..Lama dah tak balik kampung. RINDUUUU...

Saya ni suka pucuk paku. Kalau buat kerabu, 1 besen pun belum tentu cukup. Yang best nya, belakang rumah mak saya tu sungai Kelantan, so kat tepi tebing tu bersepah-sepah pucuk paku. Nak kutip sendiri takut pacat so upahlah budak-budak carikan sampai penuh baldi. Kalau nak tau, bila kenduri selamba je buat hidangan kerabu pucuk paku untuk tetamu berbesen-besen. Siap ada yang tapau yang mentah dan yang sudah dimasak. Itu baru pucuk paku belum lagi jantung pisang, nangka muda, kelapa, asam keping dan macam-macam lagi lah. Mewah bukan?

Ada sorang makcik ni kalau nk tau, dia tak pernah beli sayur-sayuran kat pasar atau atas van sebab dia boleh kutip je keliling rumah dia. Bermacam-macam jenis ulam dia tanam. Ada sekali tu mak saya mintak bunga kantan 2-3 kuntum je sebab nak…

TEMPAT MAKAN BEST

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 14 *********************************************************************************

Kriteria utama bagi saya kalu bab kedai makan ni ialah;
1. Makanan mesti sedap
2. Servis yang cepat
3. Tempat yang selesa untuk seisi keluarga
4. Tentulah harga yang berpatutan

Saya dan suami bukan lah jenis yang jalan-jalan cari makan. Bukan yang sanggup sesat untuk ke kedai makan yang tak pernah kami pergi. Bukan jenis yang sanggup menanggung risiko hidangan yang terlalu mahal atau tak sedap. Bila ada keluar dikaca TV rancangan makan-makan, biasanya kami akan pergi yang berhampiran je..

Bagi saya, kalau nak makan makanan Thai, tempat yang kami akan tuju ialah kedai Wira Seafood di Batu 8, Gombak. Jalan lama nk pergi Karak tu..Kat situ, pelayan dia pun cakap ada telo siam tau...Menu seperti Mangga Pulut, Kerabu Su'un (betul ke ejaan ni), Tom Yam Poktek, Ikan Masak Stim biasanya akan jadi pilihan kami..Yang lain seperti Tomyam, sup tulang, Ikan Masak 3 Rasa, Paprik pun san…

KALAU DAH MINAT SANGAT..

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 13 *********************************************************************************


Saya sangat suka permainan dalam komputer. Seingat saya, sejak awal saya terdedah pada teknologi komputer lagi iaitu masa di universiti. Masa tu cuma install dari cd yang dipinjam dari kawan-kawan. Bila dah kerja, bila dah pegang duit sendiri sanggup beli software secara online pulak..Masa tu saya tak main yang online, saya suka yang stand alone. Beli dan download. Hinggakan komputer yang berapa besar memori nya pun dah jadi macam siput...

Dulu, masa belum ada anak kebanyakan masa saya luangkan untuk bermain permainan komputer je. Tahap addict!

Saya suka jenis yang seram ~ tembak2 hantu, menyorok dari zombi, selamatkan mangsa yang kena culik, yang terperangkap, teroka rumah tinggal, istana lama, kawasan kubur..imej dia kan 3D, memang real wa cakap..siap menjerit2 terlompat2 tu...macam kita tengok cerita seram tu tapi dengan senjata kita yang kontrol..kalau tak tembak, hantu tu…

PELUANG KEDUA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 12 *********************************************************************************

Dalam hidup, jika diberi peluang untuk kali ke-2 pasti saya akan pilih zaman sekolah rendah. Masa tu semuanya menggembirakan. Cuma ada keluarga & kawan-kawan. Gembira, manis, kenyang, manja, gelak ketawa...Atau zaman sekolah menengah..waktu tu pun best jugak, kawan2 seasrama yang sangat memahami, makanan di Dewan Selera yang amat menyelerakan.

Masa tu kalau nk ganti puasa kena cek jadual menu dulu..nasi minyak, nasi ayam, nasi lemak itu semua memang takboleh miss sebab sangat sedap..jarang ada menu yang kurang sedap. Bayangkan makan 6 kali sehari! Mujur saya ni atlet sekolah, walaupun makan banyak tapi badan maintain je..

Seronok, kenangan manis

Tentang peluang kedua, tentulah tentang pelajaran. Saya tentu akan pilih apa yang saya minat dan selesa, bukan apa yang disuruh.

Tapi semua yang berlaku sudah tertulis..Sepanjang perjalanan hingga ke hari ini ada yang kecewa, ada y…

KATA PUJANGGA YANG AMAT BERMAKNA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 11 *********************************************************************************
Ada satu susunan ayat yang mampu memberikan kita semangat, rasa selamat, rasa difahami dan melengkapi. Bila mana kita rasa lost, bila kita ingat ayat2 tu automatik kita akan kembali ke jalan asal..Ia boleh jadi kata nasihat ataupun doa..
Ini yang paling saya suka..yang biasanya kita akan sebut setiap hari lebih dari 17kali sehari...
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
inilah doa yang kita baca dalam solat ketika duduk antara 2 sujud..dulu masa tak tau makna doa ni baca punya la laju macam roket.  Tapi bila dah faham dan ingat, waktu inilah yang dinanti-nantikan..ia sempurna dan sungguh menenangkan

ANDAINYA AKU BERKUASA DIDUNIA INI

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 10 *********************************************************************************
Benda pertama yang akan saya buat ialah membanteras peperangan dan penindasan. Polis antiperang akan ditubuhkan untuk memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi. Penduduk dunia akan hidup aman tenteram tanpa sebarang pertumpahan darah oleh sesama manusia. 
Lepas tu tiada lagi orang miskin. Bagi membantu mereka, orang-orang kaya akan dikenakan zakat (bagi yang beragama islam) dan cukai (bagi yang bukan beragama islam). Pendidikan adalah percuma dan dari peringkat sekolah rendah waktu sekolah mesti ada subjek perniagaan. Semua orang akan dilatih dari kecil untuk melibatkan diri dengan perniagaan. Perniagaan tu kan 9 daripada 10 punca rezeki..Bukan saja boleh membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan tapi juga boleh menjana ekonomi setempat.
Apa lagi ye..pening jugak jadi pemimpin dunia ni. 
Oh ye...Membanteras aktiviti rasuah. Rasuah boleh merosakkan ekonomi tu..bukan bol…

MATLAMAT YANG SEDANG DIUSAHAKAN

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 9 *********************************************************************************

Matlamat saya mudah je, iaitu nak bebas kewangan. Maknanya bebas dari hutang, bebas nak beli dan buat apa sahaja, bebas nak beli rumah & kereta impian, bebas nak bantu keluarga dan orang-orang yang dalam kesusahan tanpa rasa beban, bebas nak kerja makan gaji ke taknak.

Jadi, langkah-langkah yang perlu saya buat ialah tanam impian, set target dan berusaha ke arah itu. Sebab itu saya pilih Shaklee. Dalam Shaklee, tak kira siapa kita dan sejak bila kita join mesti ada peluang. Yang penting kena berusaha dan bertawakkal. Yang baru masuk pun boleh jadi leader dan capai pendapatan 5-6 angka sebulan. SEBULAN tau, bukan setahun sekali atau seumur hidup sekali. Lagi tak perlu modal besar, saya daftar online je dengan yuran RM75 untuk seumur hidup. Lagi tak perlu buat stok beribu-ribu.

Dalam Shaklee, kita 'dibenarkan' bermula dari 0..

Sempena bulan kelahiran saya tahun depan,…

TEMPAT PALING BEST YANG PERNAH DILAWATI

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 8 *********************************************************************************

Setakat ini tempat paling best bagi saya ialah Kuala Terengganu.

Sebab saya suka makan keropok dan makanan goreng-goreng dekat tepi pantai Teluk Ketapang. Cicah yang sangat sedap sambil minum air kelapa. Sambil angin laut menghembus, aww nikmatnya memang tidak terhingga.

Biasanya ni je lah tujuan utama datang Terengganu..makan-makan kat pantai Teluk Ketapang..

Pastu bawak anak-anak pergi pantai Batu Buruk. Kat situ sentiasa ada aktiviti. Selain taman permainan kanak-kanak, ada kereta kuda ala princess, boleh main motor pantai (lupa dah namanya), ada jual-jual makanan. Nak tau, last time kami kat sana sempat tengok Ustaz Azhar Idris LIVE! Patut la sikit punya ramai manusia kat situ, rupanya ada ikon terkenal.

Tapi saya tak gemar pergi Pasar Payang. Mahal siottt...Adoi, sakit poket akak kalu shopping kat situ..Tak best lah...

BUKU BEST; SLUMDOG MILLIONAIRE

Image
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 7 *********************************************************************************

Ini salah satu buku yang saya suka dan memang akan rekemen pada orang lain. Saya sendiri dah ulang baca buku beberapa kali. Tak bosan langsung...



Kisah seorang pemuda lelaki dari India yang menang rancangan realiti TV dan dapat hadiah 1juta rupee...Rancangan tu perlukan dia jawab 10 soalan general knowledge yang memang susah. Orang biasa pun takkan boleh jawab...so, bila dia menang orang tu TV tu sangsi lah sebab pemuda ni bukannya berpelajaran pun, dia cuma masa pekerja biasa..sebatang kara tinggal di kawasan setinggan malah tak pernah pergi sekolah pun! Dari lahir mak dia tinggalkan dia tepi tangga..

Pendek cerita, dia bukan tahu semua jawapan dari soalan tu sebab dia pandai tapi sebab dari pengalaman hidup dia bekerja sebagai orang gaji. Nak tau camana? hehe sila baca...

Novel ni dah diadaptasi jadi filem. Novel ni sangat la best dan langsung tidak membosankan. Tapi filem di…

SCENE TAK BOLEH TAHAN GELAK

Image
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 6 *********************************************************************************
Sapa tak tengok Maharaja Lawak. Rugi...Memang kelakar terutamanya kumpulan JOZAN, Jambu, Sepahtu..3 ni adalah kumpulan faveret saya.
Salah satu scene yang sangat tak boleh tahan gelak ialah JOZAN; doktor, mangsa accident & blackout.. Scene ni memang kelakar. Gelak sampai tak boleh buka mata dowh... dah tu tengok TV camana ye...

Alkisahnya Johan jadi mangsa accident dan Zizan jadi doktor..so bila dah pesakit dalam kesakitan, doktor tu nak kurangkan sakit dengan cucuk ubat bius tapi punya la tebolah (cuai) doktor tu..tambah pulak dengan blackout...  Bukan pesakit yang kene cucuk..tapi secara tak sengaja doktor tu yang tercucuk diri sendiri... kat kaki lah, kat tangan lah, kat kepala lah..
tau-tau la kan camana diorang ni bila menghayati watak....
Memang kecoh habis, memang kelakar habis... Syabas JOZAN!!

5 LAGU EVERGREEN BERPUAKA SAYA..

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 5 *********************************************************************************
Evergreen berpuaka ye..itu maksud nya ngetop lah..berpuaka tu sebab suka sangat-sangat. Tak kira la orang kata dah lapuk ke dah basi ke, akak tetap suko...
Ini dia My top 5 songs of all time
No. 5; Bencinta (Faizal Tahir) Ntah kenapa saya suka dengar lagu ni..mula-mula ingatkan import dari seberang, rupanya orang kita aje, Faizal Tahir...
No. 4; Terukir di Bintang (Yuna) Saya suka lagu ni.... Siap buat ringtone khas untuk sang suami.
No. 3; Lagu raya..semua lagu raya yang klasik-klasik tu...oleh Saloma, Hail Amir, Tan Sri P.Ramlee dan ramai lagi..aura semacam je bila dengar lagu-lagu ni terutamanya bulan puasa! Sebelum raya, waktu on the way balik kampung ke, tengah kemas rumah ke mesti pasang lagu-lagu raya evergreen ni..baru rasa happening nak sambut raya..
No. 2; Bagaikan Sakti (M.Nasir & Siti Nurhaliza) Bagi saya lagu ni memang bagaikan sakti..hingga menusuk ke kalbu gi…

KASIH MAK & AYAH TIKET KE SYURGA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 4 *********************************************************************************
Mak & ayah saya berasal dari Kelantan. Jodoh kampung sebelah je..Ayah saya polis dan mak saya surirumah sepenuh masa sambil berniaga nasi kerabu pada waktu pagi.
Dijadikan cerita ayah saya terlibat dalam kemalangan jalanraya 7 hari sebelum Syawal, so tinggal lah kami adik-beradik dengan mak. Lepas ayah meninggal, mak lah tempat kami bergantung, tempat kami menadah kasih sayang..Mak lah yang besarkan kami..Mak is everything walaupun kami dah pun dewasa.. Jasa mak memang takkan dapat kami balas..
Mak saya garang!..
Anak-anak perempuan dia mesti tau buat kerja dapur. Undang-undang dia ialah, mesti rajin dan pandai buat kerja rumah walau belajar tinggi dan bekerja pangkat besar.. Kalau malas ke, biadap ke memang mak saya MARAH!
Mak saya pandai masak, so banyak jugak dah saya menimba ilmu masakan dari mak saya..antaranya nasi dagang gulai ikan tongkol, nasi kerabu tumis, nasi le…

KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG RISIKO TERHADAP IBU DAN BAYI

Image
Kencing manis semasa mengandung kalau boleh kita tak nak ye..
Mengapa? Sebab ia memudaratkan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan dan boleh berterusan hingga bersalin dan hingga bayi itu membesar! Susah la kan..kita ni seboleh nya inginkan yang paling selamat dan sempurna bukan?? Kencing manis ketika hamil tinggi risikonya terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan semasa dan selepas kelahiran sebab tu tak boleh diambil ringan. Mencegah dan mengatasi kencing manis ketika mengandung adalah perlu.

Sebab tu masa mengandung ramai ibu-ibu kene minum AIR GULA! Sebab doktor nak tau toleransi tubuh kita terhadap gula...itu salah satu cara nak kesan masalah kencing manis semasa mengandung supaya senang nak mengawal dan merawatnya.

Kencing manis ketika mengandung turut dipanggil GDM. Jom tengok antara risiko dan kesan penyakit kencing manis semasa mengandung terhadap ibu dan bayi ~~~

Kesan kencing manis semasa mengandung pada ibu hamil;
Mudah mendapat jangkitan pada faraj.Berisiko bersalin…

BILA SUDAH JATUH CINTA......

Image
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 3 *********************************************************************************

Saya sudah jatuh cinta!

Dengan siapa? bukan dengan siapa tapi dengan apa...dengan ESP ~ susu soya Shaklee tu lah...

Fuh...bila campur dengan susu segar sejuk aduhai..sungguh mengasyikkan. SEDAP WEh!!! Memuaskan, menenangkan, mengenyangkan..hingga menusuk kalbu..
Tiap-tiap pagi selepas subuh sebelum mulakan apa-apa aktiviti harian yang sibuk mesti minum ESP dulu...baru rasa semangat..Inilah yang dikatakan CINTA kan..



Bila dah minum ESP ni, dia mula bagi kesan pada kita. Kulit jadi makin lembut, wajah cerah berseri-seri, tona sekata tak kusam lagi, kulit kasar kat kaki tu makin lembut, parut makin pudar.. Nama pun minuman protin kan, tentu lah bagi banyak faedahnya pada kulit..tak rugi pun cuba ESP ni..pelaburan ke arah lebih cantik gitu...

Belum lagi digabung dengan vitamin E ke, Collagen ke, Vitamin C ke..lagi la mavelles..jeragat yang baru nak muncul terus tak jadi muncul..bes…

DISEBALIK NAMA JANAHAZANA

CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 2 *********************************************************************************

Apa makna disebalik nama blog JANAHAZANA.....

Masa mula-mula setup blog ini dulu takde pulak fikir makna disebalik..cuma saya nak blog ni berfungsi sebagai salah satu medium untuk saya berkongsi apa saja yang boleh dan sesuai demi untuk kebaikan. Berfungsi sebagai mata dan suara saya. Sebab itu saya letak nama yang simple lagi mudah iaitu; nama saya sendiri...

Ada maksud ke?? Takde kut..tapi bagi saya nama ini telah memberi banyak pengalaman pahit dan manis dalam hidup dan nama ini memang dah jadi nama manja saya dikalangan kawan-kawan.

Saya fikir, seandainya suatu hari nanti saya berjaya tulis sebuah buku, saya pasti akan guna nama ini juga sebagai nama pena...Suatu hari nanti ye~~~~

Pastu nak tambah kenalan dari serata pelusuk negara. Takkan nak letak nama orang lain kan..Bila letak nama sendiri, rasa macam lebih mudah untuk kita mendekati orang asing. Bagi nampak jujur dan i…

MARI BERKENALAN; INI KISAH SAYA

Image
CABARAN BLOG 30 HARI; DAY 1 *********************************************************************************
Nama glamor saya Jana. Ini panggilan dari kawan-kawan saya sejak saya di tingkatan 1. Masa tu baru masuk asrama MRSM, so dapat ramai kawan baru. Bila berkenalan, orang tanya nak panggil apa saya pun cakap; "buleh panggil saya Zana" tapi sekejap je, sedar tak sedar tak lama selepas itu jadi "Jana" pulak. Faham-faham lah orang Kelantan, dialek kami biasanya kalu huruf Z akan ditukar jadi J..boleh lah..ok what..tu lah asal-usul nama glamor saya.

Masa mula-mula masuk kerja, ntah camana boleh jadi bahan gossip lak dengan hamba Allah ni. Masa tu dia senior saya kat ofis, biasalah pergi lunch bersama ramai-ramai..itu pun kadang-kadang je. Kebetulan nama dia kat depan J bila sambung dengan nama saya jadi "Jana" jugak..kecoh jugak masa tu rasanya sebab diorang kata kami gabung nama. Alahai...Nak dijadikan cerita rupanya jodoh kami memang panjang..Sekarang d…

7 Kelebihan dan kebaikan Omega Guard yang buat kita menyesal tak ambil dari dulu

Image
Omega Guard adalah asid lemak Omega 3 yang diekstrak dari ikan laut sejuk. Kelebihan Omega Guard Shaklee merupakan Omega 3 yang paling tulen di dunia kerana berbanding dengan produk lain di pasaran ia mengandungi rangkaian penuh spektrum 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk DHA, EPA dan ALA.

Tambah lagi, Omega Guard bukan diekstrak dari hati ikan. Kaedah penyulingannya juga berbeza dari pengeluar lain. Kaedah yang digunakan oleh Shaklee ialah kaedah penyulingan bergred farmaseutikal terkini dimana selain dapat mengekstrak Omega 3 yang paling tulen malah turut menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan lain-lain..Berikut ialah keistimewaan dan kebaikan Omega Guard untuk seisi keluarga yang perlu semua orang tahu


Omega Guard Shaklee membekalkan Omega 3 yang merupakan asid lemak perlu yang tidak boleh dibina secara semulajadi oleh tubuh manusia. Oleh itu, kita perlu mengambilnya untuk memastikan keperluan tubuh kita dapat dipenuhi.

Meh baca lagi…

Cara kecilkan liang pori dengan berkesan

Image
Masalah liang pori muka terbuka dan besar boleh menyebabkan wajah nampak lebih berusia dan juga cenderung untuk mengumpul kekotoran dengan lebih banyak. Sebab tu bila liang pori besar kulit mudah nampak kusam dan jerawat mudah naik. 

Bila jumpa orang dengan kulit wajah penuh dengan bintik hitam, liang pori yang besar-besar mcm lesung, kusam..rasa cam geram je nak rekemenkan produk Shaklee kat dia untuk kecilkan liang pori tu. Produk yang mana? Banyak..kalau yang paling power untuk kecilkan liang pori dengan cepat  dan berkesan ESP+Shaklee Collagen Powder (SCP) lah..








Macam mana liang pori terbentuk?

Kulit manusia dijadikan mempunyai liang pori kerana ia merupakan tempat untuk rambut tumbuh dan liang peluh. Liang pori memang takkan boleh dihilangkan namun kita ada banyak cara yang boleh mengecilkan liang pori. Liang pori pada muka menjadi besar bila usia makin meningkat dimana kolagen dan protin dalam tubuh mula merosot.

Macam mana blackhead terbentuk?

Blackhead merupakan gabungan dari minya…

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi