Posts

Showing posts from June, 2013

5 TIP HILANGKAN SENGGUGUT TANPA PERLU GUNA 'PAINKILLER'

Image
'Seorang wanita didatangi 3 kesakitan namun tidak pernah serik iaitu - kesakitan ketika HAID, kesakitan ketika HAMIL dan kesakitan ketika BERSALIN'. HEBATnya manusia yang bergelar wanita bukan? Kali ni, saya nak fokus pada kesakitan yang pertama iaitu ketika HAID atau dengan nama popularnya SENGGUGUT dan 5 tip hilangkan senggugut tanpa perlu guna painkiller..

Bila didatangi senggugut, sakitnya hingga ada yang terguling-guling. Mata berair tak payah ceritalah, hilang fokus hendak belajar atau bekerja. Melalui pengalaman sendiri, tiap-tiap bulan terpaksa ambil MC dan berkurung dalam bilik seharian sementara pil painkiller sebagai peneman setia untuk hilangkan senggugut. Sakit yang teramat pada abdomen, lenguh-lenguh seluruh tubuh terutama pinggang, hilang fokus, cirit birit dan jangan kata nak berjalan, nk duduk pun tak boleh. Bagi saya waktu itu adalah sangat menyeksakan. Tak suka bila dekat nak period masa tu.



Senggugut merupakan salah satu simptom kedatangan haid atau PERIOD. …

SET MIGHTY 3M; KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA

Bila sebut bulan puasa mesti ramai yang mula fikirkan persiapan baju raya, kuih raya, nak cat rumah warna apa dan macam-macam lagi lah. Sapa kat sini dah siap tempah baju raya? Warna apa? Saya pasti ramai juga yang mula fikirkan persiapan mental dan fizikal bagi melengkapkan ibadah wajib iaitu berpuasa. Sebab tu sekarang pun dah ramai yang berpuasa ada yang puasa ganti dan puasa sunat. Bagus tu, itu lah yang dinamakan persiapan dari segi mental dan fizikal. Mungkin ada juga yang mula meng'google' cara niat puasa, niat solat tarawih. Maklum lah, setahun sekali kan..

 Semoga Ramadhan tahun ini jauh lebih baik berbanding tahun-tahun lepas dari segi amal ibadah. Puasa yang sempurna, lengkap dengan solat fardhu 5 waktu, ditambah dengan solat-solat sunat seperti tarawih dan tahajjud dan khatam al-Quran. Inshaa Allah.

Macamana pulak persediaan keperluan dari segi kesihatan? Adakah anda sering jatuh sakit terutamanya akibat serangan gastrik yang kejam itu? atau sering pancit sebelum w…

BAHAYA JEREBU ~ KUKUHKAN SISTEM IMUN ANDA

Image
Negara kita sekali lagi dilanda musibah jerebu. Mengapa saya kata musibah? Kerana jerebu mampu memberi kesan buruk pada kesihatan penduduk terutamanya orang tua, wanita hamil, kanak-kanak dan bayi. Bayangkan setiap kali kita bernafas, kotoran yang terkandung dalam udara turut disedut masuk kedalam rongga pernafasan kita.

Antara kesan-kesan jerebu pada kesihatan manusia yang terdedah adalah;

~ Sakit tekak
Menyebabkan penghasilan mukus yang boleh menyekat saluran pernafasan.

~ Gatal-gatal atau kepedihan pada mata

~ Gatal-gatal hidung
Merangsang penghasilan mukus.

~ Pada tahap kronik jerebu mampu menyebabkan keradangan pada tisu peparu.
Orang yang mempunyai masalah peparu, jantung dan asma mungkin menghadapi kesukaran bernafas. Pada tahan pencemaran yang lebih tinggi, masalah sukar bernafas dan batuk boleh berlaku.
sumber; TheStar

~ Jerebu juga boleh mencetuskan masalah alergi. Bagi mereka yang sudah mempunyai sejarah alergi, jerebu hanya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan.


Tips untuk…

VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

Image
Antara dambaan setiap wanita adalah untuk kulit yang cantik. Kalau yang berkulit gelap nak jadi cerah, yang putih nak jadi kemerah-merah, yang berkedut nak jadi tegang sehingga ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan melakukan rawatan kecantikan seperti pembedahan kosmetik, mengambil suntikan dan ada juga yang mengambil ubat-ubatan tanpa mengira kandungan bahan kimia yang terkandung. Bukankan kita pernah dikejutkan dengan beberapa berita tempatan tentang kesan negatif yang diperolehi selepas mereka menjalani rawatan kecantikan malah ada yang koma dan meninggal dunia!

Jika anda sedang mencari-cari cara untuk mendapatkan kulit yang cantik, disini ada caranya. Dengan vitamin untuk kulit cantik yang pasti, adalah lebih selamat, 100% halal dan terbukti berkesan.

Produk Shaklee untuk kulit cantik berseri dan awet muda ialah gabungan hebat ESP (Energizing Soy Protien), BComplex dan Vitamin E





Jom kita tengok apa kelebihan dan manfaat setiap produk.

1. ESP
Satu-satunya produk dalam pasa…

Wordless Wednesday - Vitamin Cinta

Image

KEBAIKAN MEAL SHAKES UNTUK KANAK-KANAK

Image
Gembira tak terkata bila Shaklee memilih produk kegemaran saya untuk dijadikan promosi bulan ni. Setiap bulan saya akan top-up 1 tin untuk buah hati pengarang jantung, jadi bulan ni boleh lah saya buat stok untuk sepanjang tahun pula. JIMAT!!..tersangat rugi rasanya jika peluang keemasan ni dibiarkan begitu sahaja..



Apa yang bagus sangat Meal Shakes ni? 
Bagi saya yang paling penting ialah rasa vanilla tulen yang sedap, tanpa pewarna dan perisa tiruan. Nak bancuh untuk kanak-kanak kan, mestila kena sedap supaya mereka pun suka kan rasanya..Membantu kanak-kanak dalam proses tumbesaran. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium.  Anti-oksida, menguatkan sistem pertahanan tubuh kerana ia mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, selenium.  Mencantikkan kulit kerana ia mengandungi Vitamin B-Complex dan zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Melegakan sembelit kerana ia kaya dengan serat larut. Malah turut membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut  Sanga…

ATASI MASALAH KANAK-KANAK SEMBELIT DAN KURANG SELERA MAKAN

Image
Dari pengalaman saya sendiri, sejak anak-anak diberi Meal Shakes mereka tidak lagi mengalami masalah sembelit. Selera makan juga bertambah, hidangkan apa saja tentu mereka makan tanpa perlu banyak pujuk rayu. Pendek kata ia membantu atasi masalah kanak-kanak sembelit dan kurang selera makan.

Rupanya bukan saya seorang yang telah mendapat hasil yang menggembirakan ini, malah ramai lagi ibu-ibu yang sudah memberi Meal Shakes untuk anak-anak mereka dan berpuas hati dengan hasilnya. Anak-anak juga jarang demam dan dijangkiti selesema. Jika demam pun cepat sembuh...Bawa pergi jalan-jalan dikhalayak ramai didalam cuaca panas terik atau pun hujan tidak lagi meresahkan hati saya.

Meal Shakes didatangkan dalam bentuk serbuk/tepung yang berperisa vanilla yang sangat wangi, lazat dan menyelerakan yang pada saya seperti aiskrim vanilla yang kurang manis. Cara penyediaan adalah mudah. Boleh mencampurkannya kedalam minuman kegemaran seperti susu, jus, minuman yogurt atau pun taburkan sahaja diatas …

Facebook Inspirasi Sihat Semulajadi